MESIN LARIK
OBJEKTIF AM
Dapat mengetahui jenis-jenis mesin larik dan mata alat serta berkebolehan mengendalikan mesin larik.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :
Mengenali jenis-jenis mesin larik.
Mengetahui fungsi bahagian-bahagian mesin larik tetengah.
Mengetahui kaedah bagaimana benda kerja dipegang pada mesin larik.
Memahami fungsi dan jenis-jenis mata alat.
Mengetahui sudut-sudut yang ada pada mata alat.
Mengetahui jenis bahan dan kegunaan mata alat.
Mengetahui langkah pengendalian kerja-kerja menggerek, menggerudi, melorek, melarik tirus, memotong ulir skru dan melarik tak sepusat.
6.0 PENGENALAN
Mesin larik ialah satu-satunya mesin yang paling versatil dalam bengkel kejuruteraan. Walaupun pelbagai betuk mesin pelarik telah digunakan sebelum kurun ke-18, nanun mesin pelarik pertama yang boleh memotong ulir hanya dicipta pada tahun 1797 oleh seorang mekanik Inggeris bernama Henry Maudslay. Mesin ciptaan beliau telah banyak digunakan dalam pembinaan enjin stim kereta api rekaan James Watt pada awal kurun ke-19 iaitu pada zaman revolusi industri England.sejak dari masa itu mesin ini telah diperbaiki dan ditambah dengan beberapa alatan tambahan supaya dapat mengeluarkan komponen-komponen dengan tepat dan persis. Di Malaysia mesin ini amat popular sehingga setiap bengkel kejuruteraan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah mesin.
6.1 JENIS-JENIS MESIN LARIK
Mesin pelarik boleh dijumpai dalam beberapa bentuk dan saiz. Jenis yang terkecil digunakan dalam pengeluaran komponen kecil jam tangan sementara yang besar sekali digunakan untuk memesin syaf berat. Mesin pelarik boleh dikelaskan kepada dua kategori :
Mesin Pelarik Jentera
Dalam kategori ini terdapat empat jenis mesin pelarik.
6.1.1 Jenis bangku
Mesin ini kecil dan boleh dipasang diatas bangku atau kabinet besi. Ia digunakan untuk menghasilkan kerja yang ringan dan halus.
6.1.2 Mesin pelarik piawai (mesin larik tetengah)
Mesin ini lebih besar dan berat daripada jenis bangku. Panjang landasan mesin adalah 1.5 meter hingga 6 meter. Lazimnya mesin ini digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sederhana dan juga dalam institusi latihan kemahiran.
6.1.3 Jenis toolroom
Jenis mesin ini lebih persis dan digunakan dalam pembinaan Tool dan Die. Mesin ini juga dilengkapi dengan alat tambahan khas dan aksesori supaya beberapa operasi Tool dan Die boleh dilakukan.
6.1.4 Jenis gap-bed
Saiz mesin ini lebih besar daripada jenis bangku. Sebahagian daripada landasannya di bawah cuk boleh ditanggalkan supaya bahan kerja atau kompenen dengan diameter yang lebih besar boleh dipegang.
Jenis Mesin Pengeluaran
Ada lima jenis mesin pelarik untuk kategori ini :
(a) Pelarik turret pelana
Pelarik turret pelana juga disebut jenis mesin pelarik turret. Mesin ini mempunyai kepala turret yang dipasang pada pelana yang bergerak diatas landasan. Kepala turret boleh memegang beberapa jenis mata pemotong dan boleh digunakan untuk melarik beberapa operasi tanpa memberhentikan mesin untuk menukar mata alat.
(b) Pelarik kapstan
Pelarik kapstan juga disebut pelarik turret pelantak. Mesin ini kecil sedikit saiznya daripada jenis pelarik turret. Ia digunakan untuk melakukan kerja-kerja sederhana dan ringan sahaja. Kepala turret mesin ini terletak diatas satu kekesot berbentuk landasan pendek. Landasan pendek ini pula menggelongsor diatas landasan utama mesin dan boleh dikunci pada sebarang kedudukan yang dikehendaki.
(c) Pelarik automatik
Jenis mesin pelarik automatik dicipta untuk pengeluaran kuantiti diantara beberapa ratus sehingga beberapa puluh ribu kompenen sehari. Semua pergerakan mata pemotong dan bahan kerja dikawal oleh sesondol (cam), sistem hidraulik atau sistem elektro mekanik.
d) Pelarik kegunaan khas
Pelarik jenis ini dicipta untuk melakukan kerja-kerja khas seperti :
*pelarik roda kereta api
*pelarik aksel
*pelarik penampang
*pelarik menegak
(e) Pelarik N.C dan C.N.C
Mesin pelarik terbaru ini berfungsi dibawah kawalan komputer. Mesin ini lebih produktif dan hasil pengeluarannya lebih persis jika dibandingkan dengan mesin lain. Terdapat dua jenis mesin iaitu :
*Jenis yang mempunyai turret dipasang pada landasan mesin sahaja.
*Jenis yang mempunkyai dua turret dimana satu turret dipasang pada landasan dan satu lagi pada kekesot lintang.
6.2 FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN LARIK TETENGAH
Bahagian-bahagian utama mesin pelarik terdiri daripada landasan, alatan hadapan, alatan belakang, kekotak gear cepat tukar dan kereta.
6.2.1 Landasan
(a) Landasan adalah tulang belakang sebuah mesin pelarik. Kejituan mesin pelarik bergantung pada ketegaran, penjajaran dan ketepatan pada landasannya.
(b) Bahagian atas landasan boleh berbentuk ‘V’ atau rata dan diatasnya terletak peralatan lain seperti alatan hadapan, kereta dan alatan hadapan.
(c) Landasan diperbuat daripada besi tuangan yang bermutu tinggi. Rawatan haba kekerasan dilakukan keatasnya supaya boleh tahan haus.
6.2.2 Alatan hadapan
(a) Bahagian ini terletak di sebelah kiri landasan mesin.
(b) Spindal utama yang berbentuk satu syaf geronggang yang disokong oleh beberapa galas terletak di dalam bahagian ini. Hujunjg spindal atau muncungnya yang terkeluar daripada alatan hadapan yang berbentuk jenis tirus, jenis ulir atau jenis kekunci sesondol ( kam lock )
(c) Pada hujung spindal ini beberapa peraltan seperti cuk, piring pelarik dan tetengah hidup boleh dipasang dan digunakan untk memegang bahan kerja atau kompenen yang hendak dilarik.
(d) Untuk memutarkan spindal utama, alatan hadapan mempunyai perlatan takal atau beberapa siri rangkaian gear. Alatan hadapan bergear mempunyai lebih rangkaian kelajuan dan lebih tepat putarannya jika dibandingkan dengan alatan hadapan yang bertakal. Lagipun takal boleh tergelincir bila terkena minyak dan ini menyebabkan hasil larikan yang tidak rata atau licin.
6.2.3 Alatan Belakang
(a) Bahagian ini terletak disebelah kanan landasan. Ia boleh digerakan disepanjang landasan dan juga boleh dikunci pada mana-mana kedudukan yang dikehendaki. Alatan belakang terdiri daripada dua bahagian utama, badan dan tapak.
(b) Pada badan terdapat satu spindal yang mempunyai penirusan piawaian Morse. Alat pemotong bertangkai tirus Morse, seperti gerudi dan pelulas boleh dipasang pada spindal tersebut.
(c) Tapak alatan belakang dimesin dengan jitu supaya boleh didudukan diatas landasan dengan tepat. Pada tapak terdapat dua skru penyelaras yang diguna untuk menjajarkan keselarian diantara tetengah mati dan tetengah hidup atau mengofsetkan alatan belakang supaya dapat melarik tuirus dengan kaedh ini.
6.2.4 Kotak gear cepat tukar
(a) Kotak gear terletak disebelah kiri landasan dan dibawah alatan hadapan. Kotak ini mempunyai beberapa gear berbilang saiz untuk memutarkan skru pemandu atau aci penghantar.
b) Skru pemandu digunakan untuk memajukan kereta semasa memotong ulir. Aci penghantar pula digunakan semasa membuat kadar penghantaran yang tertentu secara otomatik.
6.2.5 Kereta
(a) Sela
Bahagian ini ialah tuangan berbentuk huruf H dan boleh bergerak diatas landasan. Apron dan kekesot lintang dipasang pada sela.
(b)
Apron
Bahagian apron dipasang dihadapan sela dengan bolt. Apron mempunyai beberapa gear dan peralatan yang digunakan untuk mengawal pergerakan sela dan kekesot lintang. Satu tuas tangan yang dipasang dengan pinan jejaring dengan rak terletak dibawah landasan. Tuas tangan ini diputarkan apabila hendak menggerakkan kereta secara insani ( manual ). Keseluruhan bahagian kereta dan kekesott lintan boleh digerakkan secara otomatik atau insani
(c) Kekesot Lintang
Tiang mata alat dipasang pada kekesot bergabung. Kekesot bergabung pula dipasang diatas kekesot lintang dengan dua bolt. Apabila kedua-dua bolt ini dilonggarkan kekesot bergbung boleh dikilaskan pada sudut yang dikehendaki. Dengan cara ini penirusan tajam tetapi pendek boleh dilarik. Pada hujung kekesot lintang dan kekesot bergabung dilengkapi dengan relang yang ditanda jitu supaya kedalaman pemotongan dapat dilaraskan dengan tepat.
6.3 KAEDAH MEMEGANG BAHAN KERJA DI MESIN LARIK
6.3.1 Kaedah memegang bahan kerja dengan bindu
Jenis-jenis muncung spindal
Terdapat tiga jenis muncung spindal yang biasa terdapat pada mesin pelarik. Aksesori seperti pelbagai jenis cuk dan piring pelarik dipasang pada muncung ini. Tiga jenis muncung spindal adalah :
(1) Jenis berulir
Muncung spindal jenis berulir biasanya terdapat pada mesin-mesin kecil dan yang lama. Ulir yang terdapat pada muncung ini biasanya dari jenis bentuk ‘V’. Satu plat penyesuai yang mempunyai ulir dalam dan bentuk yang sama, dipasang pada belakang cuk. Semasa memmasang cuk ini pada muncung spindal dua perkara yang perlu diperhatikan ialah :
(a) Ulir luar dan dalam mestilah bersih. Kalau tidak pemasangan akan menjadi tidak tepat.
(b) Ulir luar pada muncung spindal tidak rosak atau sumbing, kerana ini akan menyebabkan cuk tidak boleh dipasang.
(2) Jenis tirus Amerika
Muncung spindal ini bertirus piawai Amerika iaitu 89 mm untuk setiap 305 mm (3.5 inci untuk setiap kaki). Tirus ini tajam dan membolehkan aksesori seperti cuk dan pirin pelarik dibersih dan dipasang atau ditanggal dengan pantas. Satu kekunci pada muncung tirusdigunakan untuk menempatkan cuk atau piring pelarik pada kedudukan yang tepat. Gelang kekunci yang berulir itu pula digunakan untuk mengikat cuk pada spindal utama mesin.
(3) jenis Kam-Lock
Permukaan muncung spindal ini mempunyai tiga atau enam lubang telusan. Fungsi lubang ini adalah untuk menempatkan dan mengunci stad kekunci sesondol yang ada pada aksesori yang perlu dipasang. Separa putaran kam-lock akan melepaskan stad ini dan membolehkan aksesori itu dikeluarkan dengan mudah dan cepat. Dari segi penggunaan, jenis kam-lock adalah cepat jika dibandingkan dengan yang lain.
Rajah dibawah menunjukkan tiga kaedah digunakan untuk memegang bahan kerja dengan cuk tiga rahang. Walaubagaimanapun berhati-hatilah semasa menggunakan kaedah seperti ditunjukkan dalam rajah (a) dan (c) kerana kaedah ini bahan kerja munngkin tergelincir keluar jika hantaran dan kedalaman pemotongan berlebihan dilakukan. Bahan kerja bulat dan berbentuk heksagon boleh dipegang dengan cuk tiga rahang.
6.3.3 Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk empat rahang
Rajah dibawah menunjukan tiga kaedah yang digunakan untuk memegang bahan kerja dengan cuk empat rahang. Bahan kerja boleh dipegang dengan lebih persis dengan cuk jenis ini dari cuk tiga rahang. Pemusatan bahan kerja secara kasar boleh dilakukan dengan bantuan lengkung sepusat yang ada pada muka cuk. Dua cara yang lebih persis adalah dengan bantuan tolok permukaan dan tolok dail.
6.3.4 Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk kolet
Rajah dibawah menunjukkan kaedah memegang bahn kerja dengan cuk kolet jenis ‘draw back’. Cuk kolet ini biasanya digunakan untuk memegang dan memesin komponen-komponen yang kecil dengan cepat dan tepat. Untuk mengunci, bar penarik diputarkan dan ini menyebabkan kolet ditarik ke dalam sarung tirus. Proses ini membolehkan kolet mencengkam bahan kerja dengan lebih jitu dan tepat.
6.3.5 Kedah memegang dengan sangga tetap
Rajah dibawah menunjukkan kaedah memegang bahan kerja dengan sangga tetap. Aksesori ini palingsesuai sekali digunakan untuk menyokong bahan kerja yang panjang dan yang perlu dimesin pada hujungnya. Biasanya bahan kerja yang ukuran panjangnya 3 kali ganda diameter perlu disokong oleh sangga atau tetengah untuk mengelak bahan kerja dari bengkok atau memegas (spring).
6.3.6 Kaedah memegang dengan sangga bergerak
Rajah dibawah menunjukkan kaedah penggunaan sangga bergerak semasa melarik bahan kerja yang panjang. Sanggabergerak mengelakkan bahan kerja memegas pada kedudukan mata alat semasa proses memesin sedang dijalankan. Amat sesuai digunakan semasa melarik selari pada bahan kerja yang berdiameter kecil dan panjang.
6.3.7 Lelabah
Rjah dibawah menunjukka sebuah lelabah (spider) dan penggunaannya. Lelabah biasanya digunakan untuk menyokong paip atau tiub yang panjang. Satu hujung dipegang pada cuk tiga rahang dan satu lagi dipasang dengan lelabah. Pada pusat lelabah terdapat lubang tetengah dimana tetengah dipasangkan.
6.3.8 Kepala kekucing
Rajah dibawah menunjukkan kepala kekucing. Alat ini perlu digunakan bersama
dengan sangga tetap. Kepala kekucing berfungsi sebagai penyokong dan
pengalas untuk syaf yang panjang. Syaf ini mungkin telah dimesin dengan jitu
dan licin. Dengan penggunaan kepala kekucing permukaan syaf boleh dielak dari
tercalar semasa melarik. Syaf panjang yang berbentuk heksagon juga boleh
dipasang dengan kepala kekucing supaya dapat disangga dengan mudah.
6.4 MEMAHAMI FUNGSI DAN JENIS-JENIS MATA ALAT
Faktor yang menentukan kecekapan sebuah mesin larik ialah bentuk dan jenis mata alat yang digunakan. Bahan mata alat yang digunakan haruslah memepunyai sifat-sifat berikut:
(a) Bahan mestilah keras
(b) Mempunyai rintangan kehausan
(c) Menahan sifat kekerasan pada suhu yang tinggi semasa memotong
(d) Menyerap kejutan semasa melakukan operasi seperti melarik eksentrik dan larikan kasar.
Diantara jenis-jenis mata alat yang biasa digunakan bagi kerja-kerja melarik biasa ialah :
a. Mata alat pemotongan biasa
b. Mata alat melurah
c. Mata alat membenang
-Jenis ‘V’
-Jenis Acme
-Jenis Buttres
-Jenis Bersegi
d. Mata alat jenis sisip (Throwaway)
e. Mata alat menggerek dan sebagainya
6.5 SUDUT-SUDUT YANG ADA PADA MATA ALAT
6.5.1 SUDUT SADAK ATAS (top rake)
Fungsi utama sudut ini adalah dalam pengeluaran tatal semasa larikan dibuat. (sudut ini curam positif atau negetif, lihat rajah). Sudut ini bergantung kepada jenis bahan yang dipotong. Sudut sadak atas untuk bahan lembut seperti loyang adalah lebih besar daripada misalnya bahan keluli lembut. Untuk memesin yang terlalu keras atau lembut sudut sadak atas dicadangkan bersudut negetif.
6.5.2 SUDUT SADAK TEPI
Sudut ini bergantung kepada bahan yang dilarik dan jenis operasi yang dilakukan, contohnya melarik kasar, penyudahan dan sebagainya. Sudut tepi yang besar membolehkan tatal keluar dengan mudah dan mengurangkan geseran tetapi melemahkan sudut pemotongan. Sudut sadak tepi yang kecil dan negetif akan memperkuatkan sudut pemotongan tetapi ini akan menjejaskan pengeluaran tatal dan akan menambahkan bebanan keatas mata alat.
6.5.3 SUDUT TELUSAN HADAPAN
Sudut telusan hadapan mengelakan mata alat daripada menggesel bahan kerja yang dimesin. Saiz sudut ini bergantung pada kadar dataran dan diameter bahan kerja yang dimesin. Jika sudut ini terlalu kecil, mata alat akan menggesel bahan kerja dan tidak akan memotong dengan baik serta menghasilkan penyudahan yang kasar. Jika terlalu besar pula, poin mata alat akan menjadi lemah, mudah terbakar dan patah.
6.5.4 SUDUT TELUSAN TEPI
Sudut telusan tepi bergantung kepada kekerasan bahan yang dilarik dan kadar hantaran pemotongan. Untuk bahan kerja keluli sudutnya adalah antara 6 hingga 10 dan untuk bahan yang lebih keras suditnya adalah 4. sudut ini boleh dikurangkan jika berlaku gelatuk (chatter). Sebaliknya sudut ini ditambah jika berlaku getaran.
6.5.5 SUDUT PEMOTONG TEPI
Sudut ini adalah antara 10 hingga 25 dan bergantung kepada aplikasinya, mislnya operasi jenis melarik penampang, melarik kasar dan sebagainya. Jika sudut pemotong tepi terlalu besar ini akan menyebabkan mata alat menggelatuk.
6.5.6 SUDUT PEMOTONG HUJUNG
Sudut ini juga boleh berubah mengikut aplikasinya. Untuk melarik kasar suduut 5 hingga 15 digunakan. Sudut yang kecil akan memperkukuhkan hujung mata alat. Untuk melarik biasa sudutnya antara 15 hingga 30. Sudut yang besar mata alat dikilas kekiri supaya operasi melarik bahu dan larikan hampir dengan cuk boleh dilakukan.
Tuesday, July 3, 2007
Tuesday, June 26, 2007
LATIH TUBI BAB 7

LATIHAN 1
7.1 Sejenis kaedah penyambungan logam telah ditemui pada awal
abad kedua puluh. Dimana penyambungan logam dilakukan
dengan memanaskan kedua-dua bahagian logam yang hendak
disambung dan di kenakan impak yang kuat sehingga keduanya
bercantum. Apakah nama proses kimpalan yang digunakan itu?
7.2 Apakah yang dimaksudkan dengan kimpal lebur?
7.3 Terdapat dua jenis janakuasa untuk menghasilkan gas
asetilina.Namakan kedua-dua janakuasa tersebut?
7.4 Nyatakan dua kaedah penghasilan gas oksigen.
7.5 Nyatakan perbezaan yang terdapat diantara pemasangan oksigen
dan asetilina
JAWAPAN
7.1 Kimpalan tempa.
7.2 Kimpal lebur ialah satu proses kimpalan yang mana
kedua bahagian logam yang hendak disambung di
panaskan sehingga cair dan membiarkan ianya bercantum.
7.3 Janakuasa tekanan tinggi dan janakuasa tekanan
rendah.
7.4 Kaedah Penyulingan udara dan kaedah elektrolisis.
7.5 Diantara perbezaannya ialah:
• Hos oksigen berwarna biru atau hijau tetapi hos asetilina berwarna merah.
• Bebenang skru oksigen arah ke kanan manakala asetilina arah ke kiri.
• Pada nat-nat penyambungan oksigen tiada berlurah manakala bagi asetilina terdapat lurah berbentuk ‘V’.
LATIHAN 2
7.6 Apakah perbezaan antara alator satu peringkat dan alator dua
peringkat dan fungsinya.
7.7 Nyatakan langkah demi langkah bagaimana tekanan tinggi dalam
silinder dikurangkan untuk keperluan kerja mengimpal
7.8 Lakar dan namakan bahagian-bahagian bagi alator satu peringkat.
7.9 Apakah yang dimaksudkan dengan ystem pancarongga?
7.10 Bagaimanakan pemilihan saiz sumpitan api dibuat untuk satu-satu
kerja mengimpal?
7.11 Berikan beberapa sebab, mengapa sistem pancarongga adalah
satu kaedah pemasangan yang lebih baik berbanding pemasangaN tunggal?
JAWAPAN
7.6 Alator satu peringkat mempunyai satu ruang (chamber)
tekanan rendah. Ini bermakna alator mengurangkan tekanan
tinggi selinder terus ke tekanan untuk kerja. Manakala alator dua peringkat mempunyai dua ruang tekanan iaitu ruang tekanan tinggi dan ruang tekanan rendah. Alator jenis ini lebih selamat diguankan kerana ia mengurangkan tekanan tinggi silinder ke tekanan untuk kerja mengimpal dalam dua peringkat tekanan rendah.
7.7 Tekanan tinggi dalam silinder dikurangkan melalui alator. Gas
yang masuk ke dalam alator akan dikurangkan kepada tekanan kerja yang
sesuai mengikut pelarasan yang dikehendaki oleh pengimpal.
7.8 Alator satu peringkat.
7.9 Sistem pancarongga bermakna silinder-selinder oksigen dan
asetilina diletakkan secara berasingan pada satu ruang khas
masing-masing. Gas kedua-duanya akan disalurkan melalui
paip ke beberapa setesyen kimpalan.
7.10 Saiz sumpitan api dipilih mengikut ketebalan logam yang
hendak dikimpal.
7.11 Pemasangan secara sistem pancarongga adalah dilakukan
kerana atas dasar keselamatan dan didapati juga ianya lebih
ekonomi.
BAB 7 KIMPALAN GAS

KIMPALAN GAS
OBJEKTIF AM
Memahami konsep kimpalan gas serta serta kegunaannya dalam bidang perindustrian.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
Mendefinasikan kimpalan gas dan menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengannya iaitu:
Kimpalan gas tekanan tinggi dan
kimpalan gas tekanan rendah.
Kegunaan kimpalan gas dalam
industri.
Jenis-jenis gas untuk kegunaan kimpalan
gas.
Sifat gas oksigen, cara pengeluaran dan
silinder oksigen.
Sifat-sifat gas asetilina ,cara pengeluaran
dan silinder asetlina.
Jenis-jenis gas sebagai bahan bakar.
Kelengkapan kimpalan gas oksi-asetilina.
Tugas serta prinsip-prinsip alatur satu
peringkat dan dua peringkat.
Jenis-jenis hos untuk kimplan oksi-
asetilina.
Prinsip serta jenis-jenis sumpitan api.
Sistem pancarongga dan sistem stesen
tunggal kimpalan oksi-asetilina.
7.0 PENGENALAN:
‘Kimpalan Gas’ adalah satu cabang daripada kerja kimpalan yang telah lama diamalkan dalam bidang industri. Terutama sekali dalam bidang fabrikasi logam. Ini adalah kerana kimpalan gas adalah didapati amat sesuai untuk kepingan logam-logam yang nipis. Contoh bidang kerja yang melibatkan proses kimpalan gas ialah kerja membaikpulih badan kenderaan serta kerja-kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam nipis.
Pada awal kurun kedua-puluh manusia telah mengetahui cara menyambung logam dengan memanaskan dua batang logam hingga merah menyala dan seterusnya impak yang kuat dikenakan ke atas kedua-duanya sehinggalah kedua-duanya bercantum menjadi satu. Proses ini dipanggil sebagai kimpalan tempa. Kaedah ini telah diperbaiki dari masa kesemasa seiring dengan perkembangan teknologi sehinggalah kaedah terkini kimpalan gas telah dapat kita semua gunakan sekarang ini.
7.1 Definasi Kimpalan Gas
Kimpalan gas didefinasikan sebagai satu proses penyambungan logam dengan kaedah memanaskan kedua-dua bahagian logam yang hendak disambung sehingga cair dan bercantum menjadi satu.
7.2 Kimpalan Gas Tekanan Rendah Dan Kimpalan Gas Tekanan Tinggi
7.2.1 Terdapat dua jenis kimpalan gas iaitu:
Kimpalan gas tekanan rendah
Kimpalan gas tekanan tinggi.
Kimpalan tekanan rendah menerima bekalan gas asetilina dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan kurang dari 1.0 psi atau 1.0 Bar
Kimpalan gas tekanan tinggi menerima bekalan gas dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan dari 1-15psi atau 1-15 Bar.
7.3 Kegunaan kimpalan gas dalam industri
Dalam bidang perindustrian kimpalan gas banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam yang ketebalannya melebihi daripada 1.0mm sehingga 3.0mm. Contohnya, dalam kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan yang melibatkan kerja-kerja ketuk mengetuk dan menampal bahagian-bahagian badan kenderaan yang rosak.
7.4 Gas
Dua jenis gas yang biasa digunakan dalam kerja kimpalan gas adalah oksigen(O ) dan asetilina (C H ). Campuran kedua-dua gas menghasilkan haba yang paling tinggi berbanding gas-gas bahanapi yang lainnya. Suhunya boleh mencapai sehingga 3316C.
7.5 Gas Oksigen
Gas oksigen tidak mempunyai warna , rasa dan bau. Ia juga merupakan sejenis gas yang dapat memebantu dalam proses pembakaran dan juga merupakan gas aktif yang boleh bertindakbalas ke atas logam yang menyebabkan pengoksidanan berlaku ke atas logam berkenaan. Contohnya, pengkaratan ke atas keluli.
7.5.1 Penghasilan Gas Oksigen
Gas oksigen boleh dihasil melalui beberapa kaedah, iaitu:
i) Kaedah penyulingan udara.(pemeringkatan udara)
ii) Kaedah elektrolisis
Kaedah penyulingan udara adalah satu kaedah yang dilakukan secara komersial. Ianya dilakukan melalui proses pengasingan oksigen daripada udara yang dipanggil proses penyulingan udara cair yang termampat pada ketekanan 206 bar (3000psi) iaitu pada suhu -160C. Seterus tekanan akan akan di kurangkan sedikit demi sedikit dimana oksigen dalam bentuk cair akan bertukar menjadi gas lalu ditabungkan. Begitulah bagi gas-gas yang lainnya akan bertukar menjadi gas apabila tekanan dikurangkan dan ditabungkan untuk kegunaan yang lain.
Kaedah elektrolisis adalah satu proses penghasilan gas oksigen yang diperolehi melalui arus elektrik di dalam air. Proses ini sangat mahal dan tidak ekonomi untuk dikomersialkan.
Gas oksigen akan disimpan dalam silinder keluli yang berwarna hitam dan
lebih tinggi daripada silinder asetilina. Ianya tidak bersambung dan berupaya menahan tekanan setinggi 3360 psi. Boleh didapati dalam tiga saiz.
Contoh 7.1
Apakah perbezaan antara kimpal an tekanan tinggi dan kimpalan tekanan rendah?
Penyelesaian:
- Kimpalan tekanan rendah menerima bekalan gas asetilina dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan kurang dari 1.0 psi atau 1.0 Bar
- Kimpalan tekanan rendah menggunakan badan sumpitan
jenis ‘injector’
- Kimpalan gas tekanan tinggi menerima bekalan gas dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan dari 1-15psi atau 1-15 Bar.
- Menggunakan badan sumpitan api jenis tekanan seimbang
7.6 Jenis-Jenis Gas Bahan Bakar
7.6.1 Gas Asetilina:
Gas asetilina adalah bahanapi yang tidak mempunyai warna tetapi mempunyai bau yang kuat dan mudah terbakar .Ia adalah gas yang tidak stabil dan perlu disimpan dalam keadaan yang tetap. Titik kritikal bagi gas asetilina ialah pada tekanan 28 psi pada suhu 70F.
Penghasilan gas asetilina:
Gas asetilina dapat dihasilkan dengan mencampurkan kalsium karbida dan air. Terdapat dua jenis janakuasa yang menghasikan gas asetilina, iaitu:
i) janakuasa tekanan rendah .
ii) janakuasa tekanan tinggi
Gas asetilina disimpan dalam silinder keluli berwarna maroon yang diisikan dengan bahan berliang sepenuhnya yang terdiri daripada habuk kayu balsa, arang kayu,simen,dan bahan-bahan telap yang lain.
Bahan-bahan telap yang dimuatkan ke dalam silinder asetilina adalah berfungsi untuk menyerap seberapa banyak cairan aseton. Aseton ini pula akan berfungsi untuk menyerap gas asetilana sebanyak 25 kali ganda isipadunya sendiri.
Contoh 7.2
Namakan dua jenis janakuasa dalam penghasilan gas asetilina.
Penyelesaian:
Dua jenis janakuasa gas asetilina ialah:
- Janakuasa tekanan tinggi (karbida kepada air – melebihi 20 meter padu )
- Janakuasa tekanan rendah.( air kepada karbida – kurang dari 20 meter padu )
7.6.2 Gas Bahanapi Yang Lain-Lain
Selain daripada asetilina terdapat juga gas-gas bahanapi yang lain yang mana campuran gas ini bersama oksigen akan menghasilkan suhu yang agak tinggi. Berikut adalah perbandingan suhu-suhu bagi campuran antara dua gas.
i) oksi-asetilina 3100C - 3500C
ii) udara-asetilina 2300C - 2500C
iii) oksi-hidrogen 2200C - 2382C
1v) oksi-gas arang batu 1982C - 2182C
7.7 Kelengkapan Kimpalan Gas
7.8 Tugas Serta Prinsip-Prinsip Alatur Satu Peringkat Dan Dua Peringkat
Adalah merupakan alat kawalan yang dipasang pada bahagian atas silinder oksigen atau asetilina bagi mengawal pengaliran gas yang diperlukan untuk tujuan mengimpal dan juga untuk menunjukkan tekanan gas dalam silinder. Ianya dikenali juga dengan tolok tekanan. Terdapat dua jenis alatur iaitu alator alatur satu peringkat dan dua peringkat.
Alator juga mempunyai rekabentuk dan jenama yang berbagai. Terdapat juga alator yang mempunyai satu tolok bacaan tetapi itu tidak menunjukkan bahawa ianya jenis satu peringkat. Walau bagaimana pun alator dua peringkat mempunyai dua tolok bacaan.
Terdapat dua jenis alator yang boleh digunaka dalam pemasangan oksi-
asetilina. Iaitu:
-Alator satu peringkat
-Alator dua peringkat
7.8.1 Tugas-tugas dan fungsi alator alator.
Alator satu peringkat mempunyai satu ruang tekanan tinggi dimana tekanan tinggi dari silinder terus masuk ke dalam ruang ini bacaan tekanan dapat dilihat pada jarum alator dan sedia dikurangkan kepada tekanan untuk kerja mengikut pelarasan yang sesuai dengan menggunakan skru pelaras pad alator. Tahap keselamatan alator ini adalah rendah berbanding alator dua peringkat.
Alator dua peringkat mempunyai dua ruang tekanan iaitu ruang tekanan rendah dan ruang tekanan tinggi. Ruang tekanan tinggi pada alator menerima terus tekanan tinggi dalam silinder dan bacaan bagi tekanan ini dapat dibaca pada tolok tekanan. Manakala ruang tekanan rendah menerima gas yang dikawal kemasukannya dari ruang tekanan tinggi dengan melaraskan skru pelaras pada alator mengikut tekanan kerja yang dikehendaki. Oleh itu tahap keselamatannya adalah lebih baik berbanding alator satu peringkat.
Contoh 7.3
Senaraikan campuran gas bahan bakar dan suhu kepanasanya.
Penyelesaian:
i) oksi-asetilina 3100C - 3500C
ii) udara-asetilina 2300C - 2500C
iii) oksi-hidrogen 2200C - 2382C
1v) oksi-gas arang batu 1982C - 2182C
7.9 Jenis-Jenis Hos
Hos adalah tiub getah berlapiskan benang nylon yang kuat . Ia digunakan untuk mengalirkan gas dari silinder ke sumpitan api. Tahan api dan tahan pada tekanan tinggi. Hos boleh didapati dalam rekabentuk berkembar dan juga tunggal. Namun begitu hos berkembar mempunyai cirri-ciri keselamatan yang tinggi.
7.10 Prinsip Serta Jenis Sumpitan Api
Sumpitan api kimpalan adalah alat yang digunakan untuk mengeluarkan nyalaan hasil percampuran antara gas oksigen dan asetilina didalam ruang percampuran di dalam badan sumpitan api berkenaan. Nyalaan oksi-asetilina itu dikawal oleh dua injap yang terdapat dibadan sumpitan api. Injap-injap itu ialah injap oksigen dan injap asetilina.
Saiz muncung sumpitan api boleh didapati dalam berbagai saiz dan juga rekabentuk yang berlainan. Nombor bagi saiz muncung sumpitan dicetak pada panglal muncung. Muncung sumpitan juga boleh di dapati dalam berbagai rekabentuk dan jenama.
Alat-alat penyambung adalah terdiri daripada nat-nat berbenang dalam dan juga ‘nipple’ bagi menghubungkan hos dengan alatur dan juga badan sumpitan api. Kebanyakan alat penyambung ini diperbuat daripada gangsa dan aluminium.
Contoh 7.4
Mengapakah arah bebenang oksigen dibuat berbeza dengan bebenag asetilin?
Penyelesaian:
Bebenang oksigen dan bebnang asetilina mempunyai arah yang berlainan kerana semata-mata untuk tidak tersalah demi keselamatan alat dan jurukimpal.
7.11 Badan sumpitan-api
Badan sumpitan api adalah sebahagian daripada kelengkapan dalam pemasangan oksi-asetilina. Ianya berfunsi sebagai alat untuk mencampurkan gas asetilina dan oksigen mengikut nisbah yang tertentu bagi menghasilkan jenis nyalaan yang diperlukan.
7.11.1 Jenis-jenis badan sumpitan-api.
Terdapat dua jenis badan sumpitan-api yang digunakan, Iaitu:
i.Jenis tekanan seimbang
ii. Jenis injector
Badan sumpitan api tekanan seimbang ialah dimana kedua-dua gas akan masuk dan bercampur di dalam ruang percampuran. Manakala Badan sumpitan-api tekanan tinggi dimana pengaliran oksigen pada kelajuan yang lebih tinggi akan bercampur dengan gas asetilina sebelum memasuki ruang percampuran dan ianya digunakan jika janakuasa tekanan rendah digunakan
7.12 Sistem Pancarongga Kimpalan Gas.
Sistem pancarongga adalah satu anifo pemasangan kimpalan gas dimana silinder-silinder gas oksigen dan asetilina dikumpulkan disatu tempat berasingan diantara keduanya. Penyaluran gas bagi kedua-duanya akan disalurkan melalui paip keluli ke setiap setesen kimpalan.
Bagi anifo tunggal pula silinder oksigen dan asetilina akan digandingkan bersama-sama disetiap setesen kimpalan. Tetapi cara ini mempunyai anif-ciri keselamatan yang rendah dan tidak begitu menjimatkan penggunaan gas.
Oleh itu anifo pancarongga mempunyai anif-ciri keselamatan yang tinggi serta penjimatan dalam penggunaan gas berbanding anifo tunggal. Lebih-lebih lagi apabila banyak setesen beroperasi serentak. Ruang kerja pada setiap stesen kimpalan juga akan jadi lebih luas dan selesa.
Contoh 7.5
Apakah kebaikan menggunakan system anifold dalam pemasangan kimpalan oksi-asetilina?
Penyelesaian:
Sisitem Manifol adalah system yang paling selamat dan menjimatkan gas digunakan untuk kerja kimpalan gas kerana:
- silinder-selinder oksigen dan asetilina diletakan pada tempat yang berlainan.
- System ini mempunyai sebuah alator pusat yang mengawal tekanan ke tempat kerja.
- Menjimatkan ruang tempat bekerja
- Menggunakan gas secara maksima
LATIH TUBI BAB 8

LATIHAN 1
8.1 Terangkan tenknik mengimpal undur serta kegunaanya.
8.2 Lukiskan tiga jenis nyalaan oksi-asetilina serta kegunaanya.
8.3 Namakan komponen-komponen asas yang terdapat pada
pemasangan kelengkapan oksi-asetilina.
8.4 Berikan beberapa perbezaan antara kelengkapan yang terdapat
pada pemasangan oksigen dan asetilina
8.5 Terangkan langkah demi langkah bagi mendapatkan nyalaan
pengoksidanan dan kegunaannya.
JAWAPAN
8.1 Teknik mengimpal undur adalah satu teknik yang mana pergerakan
sumpitan bermula dari kiri bergerak ke kanan pada sudut 40-50 dengan diekori oleh rod penambah pada arah yang sama.
Kegunaannya:
- mengimpal ke atas plat keluli yang tebal lantara 3.0mm-5.0mm.
- boleh mengimpal dengan kelajuan yang tinggi .
- memperolehi ketelusan yang dalam dan anduh kimpal yang besar.
TEKNIK MENGIMPAL MENGUNDUR (KE KANAN)
8.2 Berikut adalah tiga jenis nyalaan oksi-asetilina.
8.3 Komponen-komponen asas yang mesti ada pada kelengkapan oksi-
asetilina ialah:
- Silinder oksigen dan silinder asetilina
- Alator oksigen dan alator asetilina
- Hos oksigen dan hos asetilina
- Badan sumpitan
- Muncung sumpitan api.
8.4 Terdapat beberapa perbezaan diantara kelengkapan oksigen dan
asetilina iaitu:
- warna silinder
- warna hos
- tanda lekuk ‘V’ pada nat skru asetilin
- saiz silinder
- Perangkap nyalabalas pada alator asetilin
- Palam boleh lebur di bahagian bawah silinder asetilin
8.5 Langkah-langkah mendapatkan nyalaan pengoksidanan.
- Buka injap silinder oksigen satu pusingan atau lebih.
- Buka injap silinder asetilin ¼ - ½ pusingan.
- Laraskan alator oksigen kepada tekanan yang sesuai untuk kerja.
- - Laraskan alator asetilin kepada tekanan yang sesuai.
- Buka injap asetilin pada badan sumpitan ¼ pusingan.
- Nyalakan api dihujung muncung sumpitan dan laraskan segera hingga asap hitam berkurangan.
- Laraskan injap oksigen pada badan sumpitan perlahan-lahan sehingga kon dalam menjadi tajam dan warna kebiruan dipelohi.
Kegunaannya:
- mengimpal loyang
- Mengimpal lebur manganese
LATIHAN 2
8.6 Berikan langkah demi langkah membuat pemasangan kelengkapan
oksi-asetilina.
8.7 Nyatakanakan beberapa sebab berlakunya letupadam dan
nyalabalas.
8.8 Berikan beberapa perbezaan diantara teknik mengimpal
mengundur dan teknik mengimpal ke hadapan.
8.9 Lakarkan lima sambungan asas kimpalan.
8.10 Mengapakah perlunya persediaan tepi dibuat ke atas tepi logam
yang hendak disambung?
JAWAPAN
8.6 Langkah-langkah membuat pemasangan alat kelengkapan bagi
sebuah setesyen oksi-asetilina:
- Buka sedikit injap selinder bagi kedua-dua silinder gas untuk beberapa saat bagi membuang habuk-habuk yang terlekat dilam lubang injap.
- Pasangkan alator kedua-dua silinder. Pastikan alator tidak tersalah pasang. Walau bagaimana pun alator
Asetilin tidak akan dapat dipasang pada silinder
oksigen kerana arah benangnya tidak sama.
- Pasangkan hos warna hijau/biru kepada alator oksigen dan hos warna merah ke alator asetilina
- Seterusnya pasangkan badan sumpitan kepada hos mengikut lubang yang betul.
- Akhir sekali pasangkan muncung sumpitan api kepada badan sumpitan.
8.7 Ada beberapa sebab berlakunya letupadam. Diantaranya ialah:
- Muncung menjadi terlalu panas kerana terlalu lama mengimpal.
- Jarak muncung sumpitan terlalu hampir dengan kawah/anduh kimpal.
- Tekanan yang dilaraskan terlalu rendah berbanding saiz muncung yang digunakan
-
Sebab-sebab berlakunya letupadam. Diantaranya:
- pemasangan yang longgar.
- Lubang muncung umpitan api telah menjadi besar.
- Tekanan oksigen yang terlalu lemah.
8.8 Terdapat beberapa perbezaan diantara teknik mengundur dan
teknik ke hadapan. Iaitu:
- arah pergerakan yang berlawanan dimana teknik ke hadapan bergerak dari kanan ke kiri manakala teknik mengundur bergerak dari kiri ke kanan.
- Sudut sumpitan api 60-70 bagi teknik ke hadapan dan 40-50 bagi teknik mengundur.
8.9 Lima sambungan asas kimpalan adalah seperti berikut:
- Sambungan temu
- Sambungan lekap
- Sambungan penjuru
- Sambungan kembi
- Sambungan bebibir
8.10 Persediaan tepi bagi satu-satu sambungan perlu dibuat atau
direkabentuk mengikut jenis beban yang akan ditanggung oleh
sambungan tersebut. Faktor keduanya ialah apabila ketebalan
logam yang hendak disambung terlalu tebal., Biasanya apabila
logam yang ketebalannya melebihi daripada 3.0mm persediaan tepi
perlu dibuat. Ini adalah untuk memastikan sambungan yang dibuat
cukup kuat bagi menanggung beban dan tekanan.
BAB 8 PEMASANGAN OKSI ASETELINA

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA
OBJEKTIF AM
Memahami tentang alat-alat kelengkapan oksi-asetilina serta kegunaannya dan cara pemasangannya.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
Mendefinasikan kimpalan gas dan menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengannya iaitu:
Pemasangan
Prosedur pemasangan kelengkapan kimpalan oksi-asetilina.
Kaedah bagi menguji kebocoran pada pemasangan.
Nyalaan oksi-asetilina
Jenis-jenis nyalaan oksi-asetilina dan kegunaannya.
Kaedah pelarasan nyalaan.
Ciri-ciri nyalaan dan suhu nyalaan.
Langkah-langkah menyalakan dan memadamkan nyalaan.
Sebab-sebab berlakunya letupadam dan nyalabalas serta langkah-langkah mengatasinya.
Teknik mengimpal oksi-asetilina
Teknik mengimpal bagi kimpalan oksi-asetilina.
Teknik mengimpal ke hadapan dan teknik mengimpal mengundur.
Pengawalan kelajuan, jarak nyalaan dan sudut sumpitan api serta pergerakan ketika mengimpal.
Sambungan dan persediaan tepi
Jenis-jenis sambungan asas dalam kerja kimpalan.
Langkah membuat persediaan tepi.
8.0 Pemasangan
Kelengkapan kimpalan oksi-asetilina terdiri daripada beberapa komponen yang dipasang dengan menggunakan penyambung daripada silinder gas hinggalah kepada sumpitan api.
Komponen-komponen asas pemasangan adalah seperti berikut:
- Silinder gas oksigen dan asetilina.
- Alator gas
- Hos gas
- Badan sumpitan
- Sumpitan api.
8.1 Berikut adalah langkah-langkah pemasangan kelengkapan oksi-
asetilina.
- Buka injap silinder sedikit dan tutup dengan segera untuk tujuan ‘ cracking the valve’ iaitu langkah ini adalah untuk menghembus habuk-habuk yang ada pada bebenang injap. Langkah ini juga dilakukan ke atas silinder asetilina.
- Balutkan bebenang alator dengan pita cegah bocor bagi kedua-dua alator. Pasangkan alator oksigen pada silinder oksigen dan alator asetilina kepada silinder asetilina.
- Pasangkan hos oksigen ( hijau atau biru) kepada alator alator oksigen dan hos asetilina (merah) kepada alator asetilina.
- Sambungkan badan sumpitan kepada hos oksigen pada lubang benang mengikut tanda ‘O ’ dan hos asetilina kepada lubang benang asetilina.
- Pasangkan sumpitan api kepada badan sumpitan.
8.2 Menguji kebocoran pada pemasangan oksi-asetilina.
Setelah kesemua langkah-langkah di atas itu dilakukan, pastikan sekali lagi bahawa pemasangan adalah betul. Selepas itu lakukan pemeriksaan kebocoran ke atas semua penyambungan terutama sekali penyambungan diantara alator dan selinder asetilina dengan menggunakan air sabun.
Contoh 8.1
1. Apakah yang anda faham mengenai ‘ cracking the valve’?
Penyelesaian
- Ia adalah satu cara membersihkan atau membuang habuk daripada injap sebelum memasang alator dengan melepaskan serta merta sebahgian gas daripada selinder dalam masa beberapa saat.
8.3 Nyalaan Oksi-asetilina.
Terdapat tiga jenis nyalaan yang di gunakan untuk tujuan kimpalan. Nyalaan –nyalaan itu adalah:
Nyalaan Cuali ( Neutral Flame)
Ciri-ciri: – Nyalaan seimbang pada nisbah 1:1.
- Suhu lebih kurang 5589F(3087C)
Kegunaan :
- Mengimpal lebur keluli lembut
- Mengimpal tembaga
- Besi tuang.
Nyalaan Pertengahan ( Carburising Flame)
Ciri-ciri
- Nyalaan ini mempunyai lebihan pelarasan pada
asetilina.
- Mempunyai tiga lapisan iaitu kon dalam, bulu api berwarna putih dan lapisan luar yang kebiruan.
- Suhu lebih kurang 5400F – 5800F
Kegunaanya:
- mengimpal dan meloyang aluminium.
- Mengimpal keluli tahan karat.
- Meloyang perak.
- Mengeras permukaan.
Nyalaan Pengoksidanan (Oxidising Flame)
Ciri-ciri:
- nyalaan ini mempunyai lebihan pelarasan
kepada gas oksigen berbanding asetilin.
- Mempunyai dua lapisan iaitu kon dalam dan lapisan luar yang kebiruan.
- Suhu kepanasan lebih kurang 5,615F(3,102C)
Kegunaan:
- mengimpal loyang
- mengimpal logam manganese.
Contoh 8.2
Apakah cara terbaik dan selamat boleh dilakukan untuk menguji kebocoran pada pemasangan kelengkapan oksi-asetilina?
Penyelesaian
Cara yang terbaik dan selamat ialah dengan menggunakan buih sabun.
8.4 Langkah-Langkah Penyalaan Dan Memadamkan Nyalaan.
Sebelum menyalakan sumpitan api pada sumpitan api, pelarasan pada alator hendaklah dibuat terlebih dahulu bergantung pada jenis serta ketebalan logam yang hendak dikimpal. Dari segi teori pembakaran berlaku mengikut nisbah 1:2.5 iaitu 1 bahagian asetilin dan 2.5 bahagian oksigen. Kebiasaannya pelarasan pada alator adalah mengikut nisbah 1:1. Manakala 1.5 bahagian lagi diterima dari udara persekitaran. Ini adalah amalan biasa untuk nyalaan cuali.
8.5 Berikut diterangkan satu persatu langkah-langkah pelarasan bagi nyalaan:
- Buka injap asetilina (merah) pada badan sumpitan lebih kurang ¼ pusingan.
- Gunakan pemetik api kimpalan untuk menyalakan sumpitan api.
- Laraskan nyalaan sehingga asap hitam berkurangan.
- Buka injap oksigen (biru) pada badan smpitan secara perlahan-lahan sehingga kon dalam yang dempul berwarna kehijauan diperolehi.
Nota:
Nyalaan yang lain dilakukan adalah berasaskan nyalaan cuali. Bermakna nyalaan cuali mesti perolehi terlebih dahulu. Kemudian dikuti dengan kaedah dibawah:
- Untuk nyalaan pengoksidanan pula pelarasan gas oksigen dilebihkan sedikit sehingga kon berwarna kebiruan yang tajam diperolehi.
- Untuk memperolehi nyalaan pertengahan (pengaban) lebihan asetilin diperlukan sehingga nyalaan menjadi tiga lapisan.
8.5.1 Langkah-Langkah Memadamkan Nyalaan:
- Tutup injap oksigen pada badan sumpitan sepenuhnya. Dimana bekalan oksigen akan terputus dengan ini sertamerta nyalaan bertukar kepada nyalaan asetilina.
- Tutup injap asetilina badan badan sumpitan. Dengan ini nyalaan asetilina akan terpadam.
- Seterusnya tutup injap silinder oksigen dan asetilina.
- Buka injap oksigen dan injap asetilina pada badan sumpitan separuh pusingan atau lebih untuk melepaskan gas yang masih ada didalam alator dan hos kedua-duanya dan biarkan jarum penunjuk tekanan pada alator kedua-dua silinder menurun ke angka ‘0’.
- Selepas itu tutup semula injap-injap itu.
- Akhir sekali longgarkan injap pelarasan alator bagi kedua-dua silinder.
Contoh 8.3
Bagaimanakah cara anda dapat mengenali diantara kelengkapan oksigen dan asetilina.
Penyelesaian
Terdapat beberapa perbezaan pada kelengkapan oksigen dan asetilin. Iaitu dari segi warna, saiz silinder, arah bebenang dan juga anda lekuk berbentuk ‘V’ pada nat asetilin.
8.6 Letupadam dan Nyalabalas
Letupadam dan nyalabalas adalah merupakan letupan kecil yang
kadangkala berlaku ketika kerja mengimpal dijalankan.
Letupadam – adalah satu letupan kecil yang kadangkala berlaku pada hujung sumpitan api ketika kerja mengimpal dijalankan.
Nyalabalas – adalah satu letupan kecil yang berlaku dihujung sumpitan api dan diikuti dengan bunyi ‘hiss’ didalam badan sumpitan dan ekori pula dengan asap hitam keluar pada muncung sumpitan.
Jika nyalabalas sempat berlaku hingga ke dalam hos ( biasanya hos oksigen) ia akan meninggallkan kesan karban dan kemungkinan hos akan pecah. Bahagian hos terbabit perlu dipotong dan gas oksigen perlu di lepaskan untuk menghembus saki baki karban yang tertinggal didalam hos terbabit.
8.6.1 Sebab-sebab berlakunya letupadam dan nyalabalas:
- Muncung sumpitan terlalu rapat atau menyentuh anduh kimpal.
- Muncung menjadi terlalu panas kerana terlalu lama mengimpal.
- Pelarasan nyalaan terlalu lemah atau rendah berbanding saiz muncung yang digunakan.
- Muncung sumpitan api tidak diikat(skru) dengan rapi pada badan sumpitan.
- Lubang (orifice) muncung terlalu kotor.
- ‘Seat’ injap pelarasan telah rosak.
Cara-cara mengatasinya:
- Tutup serta -merta injap asetilina dan biarkan badan sumpitan dan muncung sumpitan api menjadi sejuk sebelum kerja baikpulih dapat dilakukan.
- Jika nyalabalas sempat berlaku hingga ke dalam hos ( biasanya hos oksigen) ia akan meninggallkan kesan karban dan kemungkinan hos akan pecah. Bahagian hos terbabit perlu dipotong dan gas oksigen perlu di lepaskan untuk menghembus saki baki karban yang tertinggal didalam hos terbabit.
- Bagi mengelakkan muncung menjadi terlalu panas, sesekali perlulah muncung itu dicelupkan ke dalam satu bekas air dan dilepaskan sedikit gas oksigen buat beberapa ketika untuk menurunkan suhu muncung sumpitan api. jika dirasakan mengimpal terlalu lama.
Contoh 8.4
Apakah perlu anda lakukan untuk menurunkan suhu sumpitan api jika ianya menjadi terlalu panas kerana mengimpal terlalu lama?
Penyelesaian:
Cara yang selalu diamalkan ialah dengan merendamkan muncung sumpitan ke dalam sebekas air sambil dilepaskan gas oksigen untuk beberapa saat.
8.7 Teknik Mengimpal Oksi-Asetilina.
Terdapat dua teknik mengimpal yang biasa diamalkan oleh jurukimpal.
Iaitu teknik ke hadapan (forehand) dan teknik mengundur (backhand).
8.8.1 Teknik Ke hadapan.
Dalam mengimpal teknik ke hadapan muncung sumpitan api dicondongkan 70-60 ke kanan lalu muncung digerakan dari kanan ke kiri.
8.8.2 Teknik Mengundur.
Muncung sumpitan api di condongkan 40 - 50 ke kanan lalu ianya digerakan dari kiri ke kanan.
Nota:
Bagi kedua-dua teknik di atas logam penambah dicondongkan 30-40 ke kiri dan digerakan sama arah mengikut pergerakan muncung sumpitan.
8.8 Teknik mengimpal ke hadapan
Teknik Mengimpal Ke hadapan adalah teknik mengimpal yang bergerak dari kanan ke kiri. Pergerakannya lebih mudah lebih mudah untuk dikawal kerana anduh kimpalnya bersaiz kecil. Sesuai untuk mengimpal paip walaupun ketebalannya melebihi 3.0 mm.
8.9 Teknik mengimpal mengundur adalah teknik mengimpal yang bergerak ari kiri ke
kanan. Rod penambah bergerak mengikut arah pergerakan sumpitan api. Menghasilkan leburan yang lebih baik kerana kon nyalaan tertumpu terus ke arah anduh kimpal. Pengunaan rod penambah juga dapat dikurangkan. Ketelusan yang lebih baik dan juga kelajuan mengimpal yang lebih pantas dapat dilakukan.
KELEBIHAN TEKNIK MENGUNDUR DAN TEKNIK KE HADAPAN
TEKNIK MENGUNDUR TEKNIK KE HADAPAN
- mengimpal lebih cepat .
-kurang menggunakan rod pepenambah
- -nyalaan tertumpu terus kearah anduh
kimpal . - ketelusan yang dalam.
-mengimpal keluli lembut
-mengimpal besi tuang
- logam bukan feras (aluminium,loyang,gangsa ,tembaga).
-mudah mengawal gerakan kimpal.
-sesuai untuk mengimpal paip.
- untuk plat yang lebih tebal
8.10 Pengawalan kelajuan,jarak dan sudut mengimpal
Kelajuan, jarak dan sudut mengimpal boleh mempengaruhi mutu sesuatu kimpalan. Ia akan mempengaruhi ketelusan, penembusan dan juga mutu sambungan yang dibuat, Ketebalan plat logam serta jenis logam perlu juga diambilkira dalam menentukan kelajuan,jarak dan sudut mengimpal.
Contoh 8.5
Berikan beberapa kelebihan teknik mengundur.
Penyelesaian
Teknik mengundur ada beberapa kelebihannya iaitu:
- menghasilkan ketelusan yang dalam.
- Mengimpal dapat dilakukan leih cepat.
- Penggunaan rod dapat dijimatkan.
- sesuai untuk mengimpal logam yang lebih tebal.
8.11 SAMBUNGAN DAN PERSEDIAAN TEPI
Terdapat lima sambungan asas dalam kimpalan. Gambarajah dibawah
Bagi logam-logam yang mana ketebalannya melebihi 3.0mm –5.0mm perlulah dibuat persediaan tepi untuk menjamin kekuatan sesuatu sambungan itu.
8.12 Langkah-langkah membuat persediaan tepi.
Berikut diturunkan langkah-langkah bagi membuat persediaan tepi.
- Plat hendaklah dicanai sehingga tepinya menjadi serong hingga ke sudut yang di kehendaki. Bagi logam yang lebih tebal hingga 6.0mm ke atas hendaklah diserongkan dengan pemotongan oksi-asetilina.
- Setelah tepi logam diserongkan, hujungnya yang tajam hendaklah dicanai sehingga memperolehi satu permukaan yang rata anggaran 3.0mm lebar. Permukaan ini dinamakan muka punca.
- Pastikan permukaannya lurus dan rata. Ini adalah untuk meas tikan ketelusan dan penembusan yang samarata di sepanjang sambungan berkenaan.
LATIH TUBI BAB 9

LATIHAN 1
9.1 Apakah yang dimaksudkan dengan arka?. Huraikan dengan lebih terperinci bagaimana arka boleh terjadi.
9.2 Nyatakan tiga jenis arus yang digunakan dalam kimpalan arka?. Terangkan lebih lanjut mengenai jenis-jenis arus yang anda nyatakan.
9.3 Bagaimanakah ketiga-tiga jenis arus itu mempengaruhi ke atas
kimpalan yang dilakukan?
9.4 Apakah yang dimaksudkan dengan ‘semburan arka’? Bagaimana ianya boleh terjadi?
9.5 Apakah faktor-faktor yang perlu diambilkira apabila memilih sesebuah jenis mesin kimpalan arka?
JAWAPAN
9.1 Arka adalah satu fenomena satu pancaran cahaya yang kuat lagi terang terbit diantara hujung elektrod dengan permukaan bendakerja. Ketika ini elektron mengalir melintasi satu ruang udara yang telah terion maka ruang udara itu menjadi panas sehinggalah berlakunya arka. Haba yang terhasil dari udarA terion itu adalah lebih kurang 3300C (6000C).
9.2 Tiga jenis arus yang digunakan dalam kimpalan arka adalah seperti berikut:
- Arus ulangalik
- Arus terus kekutuban berbalik
- Arus terus kekutuban lurus
Arus ulangalik mempunyai frekuensi dan bergerak dari titik sifar hingga ke titik maksimum positif dan jatuh ketitik sifar semula kemudian bergerak ke titik maksimum negatif dan begitulah seterusnya berulang-ulang.
Manakala Arus terus kekutuban berbalik pula dimana punca positif pada mesin disambungkan kepada kebel elektrod.
Bagi arus kekutuban lurus pula punca negatif pada mesin disambung kepada kebel elektrod.
9.3 Bagi setiap arus yang digunakan ianya akan memberi kesan pada ketelusan
yang berbeza-beza ke atas kimpalan. Sila lihat gambarajah di bawah.
LATIHAN 2
9.7 Apabila menggunakan arus terus kekutuban berbalik dan arus
terus kekutuban lurus, apakah faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam pemilihan elektrod bagi keduanya?
9.8 Bagaimanakah satu-satu jenis elektrod itu dapat dikenali dari segi
fungsi dan kegunaannya?
9.9 Apakah pentingnya elektrod perlu disimpan dalam keadaan
yang baik dan kelembapannya perlu dikawal?
9.10 Nyatakan fungsi pemegang elektrod dan apakah langkah-langkah
penjagaan yang perlu diambil supaya ianya tahan lama
digunakan.
9.11 Bagaimanakah jarak arka, kelajuan mengimpal serta sudut
elektrod mempengaruhi mutu kumai?
JAWAPAN
9.7 Pemilihan elektrod untuk arus terus kekutuban berbalik dan arus terus
kekutuban lurus hendaklah diperhatikan pada jenis kegunaannya mengikut kod yang telah dicatatkan spesifikasinya.
Sebagai contoh:
- E 6010 jenis arus adalah ATKB.
- E 7014 jenis arus adalah ATKL
9.8 Elektrod dapat dikenali dari segi fungsi dan kegunaannya ialah
melalui kod yang terdapat pada elektrod berkenaan. Kod elektrod iasanya ditandakan dengan nombor atau warna tertentu.
9.9 Elektrod hendaklah disimpan dalam suhu yang terkawal supaya
bebas dari kelembapan dan unsur yang tidak diingini dari udara
meresap kedalam salutannya. Ini akan menjejaskan pada mutu
kimpalan.
9.10 Pemegang elektrod berfungsi untuk:
- melindungi pengimpal daripada terkena kejutan elektrik.
- Sebagai pelindung haba dari elektrod
- Sebagai penghubung diantara kebel kimpalan dan elektrod.
Langkah-langkah penjagaan yang perlu diambil supaya ianya tahan
lama iaitu hendaklah semua sambungannya diikat dengan kuat
supaya ianya tidak menjadi terlalu panas dan menerbitkan percikan
api pada sambungan-sambungan tersebut.
9.11 Bagi menentukan mutu kumai yang baik beberapa perkara
perlu diambil perhatian. Termasuklah mengawal jarak arka, sudutelektrod Dan juga kelajuan kimpal.
- Jarak arka yang sesuai biasanya mengikut garispusat logam teras elektrod berkenaan. Jarak arka akan menentukan keseragaman bentuk kumai keseluruhannya.
- Sudut elektrod akan menentukan bentuk riak atau ira kumai
- Kelajuan mengimpal akan menentukan saiz kumai keseruhannya.
BAB 9 KIMPALAN ARKA
KIMPALAN ARKAMemahami konsep kimpalan arka serta kegunaannya dalam bidang perindustrian.
Di akhir unit ini anda dapat:
Mendefinasikan kimpalan arka dan menerangkan perkara-
perkara yang berkaitan dengannya iaitu:
- Fungsi alat pengubah
- Komponen-komponen asas mesin kimpalan arka
- Jenis-jenis mesin kimpalan arka dan menerangkan prinsip kerja, kelebihan dan
kelemahannya.
- Jenis-jenis kekutuban arus
- Teknik-teknik kimpalan arka
- Jenis-jenis elektrod kimpalan arka
9.0 KIMPALAN ARKA
9.1 Mesin Kimpalan Arka
Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alatubah perendah iaitu ia mngubah dari voltan tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi untuk menerbitkan arka bagi kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang elektrod dan juga kabel bumi ke meja kerja.
9.2 Fungsi Alat Pengubah
Alat pengubah adalah komponen yang terdapat pada sebuah mesin kimpalan arka yang berfungsi untuk mengurangkan voltan dan meninggikan arus bagi menerbitkan arka untuk tujuan kerja mengimpal. Alat ubah ini dikenali sebagai alatubah perendah.
9.3 Komponen-komponen asas dalam sesebuah mesin kimpalan arka adalah
terdiri daripada:
- Alatubah
- Kebel bumi
- Kebel elektrod
- Pemegang Elektrod
- Bekalan kuasa
9.4 Jenis-jenis mesin kimpalan arka
Terdapat lima jenis mesin kimpalan arka. Iaitu:
- Jenis ‘rectifier (DC)
- Jenis alatubah (AC)
- Jenis kombinasi AC/DC
- Jenis pacuan enjin. (petrol atau disel)
- Jenis pacuan motor elektrik.(janakuasa)
9.4.1 Jenis ‘rectifier’(DC)
Mesin kimpalan arka jenis ‘rectifier’ (penerus) digunakan kerana ianya mempunyai dua pilihan aliran arus, iaitu arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus.
Punca positif disambungkan kepada elektrod maka ianya adalah kekutuban berbalik. Punca negatif disambungkan kepada elektrod maka ia adalah kekutuban lurus. Semua jenis kerja mengimpal bagi kebanyakan logam adalah amat sesuai dengan mesin jenis ini. Bagi kerja-kerja pembinaan dan penyelengaraan mesin jenis ini adalah pilihan yang tepat.
Kelemahan:
- Menghasilkan ‘semburan arka’ (arc blow)
- Arka tidak begitu stabil berbanding jenis janakuasa
- Tiada pilihan untuk ciri-ciri arka.
9.4.2 Jenis arus ulangalik.
Mesin kimpalan arus ulangalik (AC) digunakan adalah kerana ianya menghasilkan arka yang lebih stabil dan tiada berlaku ‘semburan arka’ (arc blow) dengan penembusan yang sederhana dan senyap.
Kelemahan:
- Mengimpal ke atas logam tertentu dan penggunaan yang terhad.
- Tidak semua elektrod boleh digunakan.
- Mampu beroperasi pada ampiar yang tinggi.
9.4.3 Jenis gabungan/kombinasi AC/DC.
Mesin jenis ini boleh menggunakan kedua-kedua jenis arus. Ianya perlu apabila mengimpal logam tertentu dengan arus yang tertentu. Mempunyai penggunaan yang meluas. Boleh digunakan ke atas banyak jenis keluli dan kedudukan mengimpal.
Kelemahan:
- Kos yang agak tinggi
- Berlaku ‘semburan arka’ pada sesetengah sambungan.
Contoh 9.1
Apakah alat yang menukarkan arus ulangalik kepada arus terus dalam mesin kimpalan arus terus?
Penyelesaian:
Alat yang digunakan bagi menukar arus ulangalik kepada arus terus ialah ‘rectifier’ atau alat penerus.
9.4.4 Jenis Pacuan enjin petrol /disel ( Arus Terus atau Arus Ulangalik).
Mesin ini boleh digunakan dikawasan yang tiada bekalan elektrik. Boleh membekalkan sama ada arus ulangalik atau arus terus.
Kelemahan:
- Modal yang besar dan penyelenggaraan yang tinggi
- Bising
- Modal tinggi
- Kos penyelenggaraan tinggi
- Semburan arka (arc blow)
- Memerlukan bahanapi.
9.4.5 Jenis Pacuan motor.
Mesin kimpal arka jenis ini menghasilkan arus terus. Menghasilkan dua pilihan arus terus. Iaitu kekutuban terus dan kekutuban berbalik.
Kelemahan:
- Terdapat ‘arc blow’ .
- Penyelenggraan yang tinggi. Ianya menggunakan beberus karbon
dan perlu ditukar pada tempoh tertent
9.5 Kekutuban Mesin Kimpalan Arka
9.5.1 Terdapat dua jenis kekutuban mesin kimpalan arka . Iaitu:
- Arus Terus Kekutuban Berbalik ( kebel elektrod dipasang pada punca positif)
- Arus Terus Kekutuban Lurus ( kebel lektrod dipasang pada punca negatif)
9.5.2 Ciri-ciri Kekutuban:
Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban berbalik ialah:
- Kadar kecairan elekrod yang lebih cepat.
- Ketelusan yang cetek
- Kelajuan kimpal yang lebih pantas diperlukan.
Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban lurus ialah:
- Kadar kecairan letrod yang lambat
- Ketelusan yang dalam
- Kelajuan yang sederhana.
9.6 Kaedah Mengimpal Menggunakan Elektrod Bersalut
Terdapat dua teknik mengimpal dengan kimpalan arka gas pelindung. Iaitu:
Teknik Seret.
Menggunakan teknik ini boleh dilakukan dengan elektrod jenis ‘hujung cawan’(deep cup) dimana hujung logam tidak bersentuh dengan bendakerja kerana hujung bahan lakur membentuk seperti cawan. Oleh itu jarak sentiasa kekal pada ketinggian yang sama dan mengahsilkan kumai yang cantik dan kemas.
Teknik Angkat
Menggunakan teknik ini letrod diangkat pada jarak lebih kurang 1/8 inci dari permukaan bendakerja ketika arka dihidupkan sehingga selesai mengimpal. Teknik ini hendaklah digunakan apa mengimpal dengan elektrod biasa yang bukan jenis ‘deep cup’.
9.6.1 Bahagian–Bahagian Kimpalan Arka.
Contoh 9.3
Bilakah teknik seret digunakan dan apakah kelebihan menggunakan teknik ini?
Penyelesaian:
- Teknik seret boleh digunakan apabila mengimpal dengan menggunakan elektrod jenis ‘ hujung dalam’ (deep cup). Kelebihannya jarak arka dapat diseragamkan dan juga rupa kumai akan lebih seragam dan kemas. Amat baik untuk mengimpal kembi kerana mudah dikendalikan dan kumai kelihatan lebih halus dan cantik.
9.6.2 Kesan jarak arka, sudut arka dan kelajuan arka ke atas hasil kimpalan.
Jarak Arka
Jarak arka adalah jarak diantara hujung teras logam elektrod dengan permukaan bendakerja. Dimana arka yang diterbitkan akan dapat dikekalkan pada jarak ini. Jarak arka yang terlalu tinggi akan menyebabkan kumai tidak cantik dan juga ketelusan yang kurang. Jarak arka ialah antara 5.0mm hingga 6.0mm.
Sudut Arka
Sudut yang terbentuk diantara kecondongan elektrod dengan permukaan bendakerja pada arah gerakan elektrod. Sudut arka yang tidak betul akan menyebabkan riak kumai jadi memanjang atau bujur dan menjadikan rupa kumai tidak cantik.
Kelajuan Arka
Kelajuan arka adalah laju gerakan elektrod bergerak ke arah hujung penamat kimpalan. Kelajuan ini biasanya bergantung kepada kadar kecairan elektrod.
Mengimpal terlalu laju akan menjadikan kumai terlalu halus dan tinggi serta kurang ketelusan.
Ketika memulakan arka pada tempat permulaan mengimpal pastikan tempat itu bebas daripada cat dan bahan-bahan yang boleh menghalang pengaliran arus elektrik. Kaedah letak angkat dilakukan seolah-olah mengetuk sesuatu secara perlahan dan apabila arka dapat diterbitkan jarak arka itu perlu dikekalkan pada jarak 5.0mm hingga 6.0mm.
Manakala kaedah menggores pula, elektrod di carek-carek ke atas tempat permulaan kimpal seperti mana anda menggores mancis api. Apabila terbit arka hendaklah jaraknya dikekalkan seperti mana yang telah diterangkan di atas.
9.5 Semburan arka adalah satu keadaan dimana arka yang terbit diantara hujung elektrod dan bendakerja tersasar dari laluan yang sepatutnya. Biasanya bunyi yang terhasil dari semburan ini agak kuat dari biasa dan saiz arka juga
kelihatan agak besar sedikit. Keadan ini berlaku mungkin disebabkan
kedudukan klip bumi yang kurang tepat. Lihat gambarajah di bawah.
9.6 Pemilihan sesebuah mesin kimpalan yang hendak digunakan adalah
bergantung kepada perkara-perkara berikut.
- Kedudukan kimpalan
- Jenis logam yang hendak dikimpal
- Jenis rekabentuk sambungan
- Ketebalan logam
9.7 Elektrod.
Elektrod adalah berfungsi sebagai logam penambah dalam kimpalan arka yang
mana ianya disalut dengan bahan lakur yang mana campurannya terdiri
daripada beberapa jenis bahan tertentu dan mempunyai berbagai fungsi ketika
kerja kimpalan dilakukan.
9.8 Penghasilan Elektrod
Elektrod kimpalan arka pelindung (SMAW) adalah sejenis elektrod bersalut lakur yang habis guna (consumable) yang terdiri dari berbagai jenis bergantung pada jenis logam teras dan juga kandungan salutan elektrod berkenaan.
Proses salutan bahan lakur dibuat dalam dua cara iaitu cara penyemperitan (extrusion) dan cara mencelup (dipping). Panjang sebatang elektrod adalah diantara 230mm hingga 460mm. Saiz elektrod disebut dengan nombor 12,10, 8 dan 4. Elektrod no.12 adalah berdiameter paling kecil diantara yang disebutkan di atas.
9.9 Kandungan Pancalogam Teras Elektrod
Kandungan logam teras elektrod adalah terdiri dari pancalogam yang bergantung kepada ilic-ciri penggunaan elektrod berkenaan. Jenis pancalogam bagi teras elektrod adalah mangan, ilicon, sulphur, fosforus dan karban
9.10 Jenis Salutan Elektrod
Bahan campuran salutan elektrod terdiri dari beberapa bahan yang bergantung kepada irri-ciri penggunaan elektrod. Diantara bahan-bahan campuran yang terdapat pada salutan elektrod ialah serbok besi, oksida-titania, sodium silikat, potassium, asbestos, ferro-manganese. Salutan elektrod terbahagi kepada tiga iaitu:
-Salutan nipis (tidak bersalut)
-salutan sederhana
-salutan tebal
9.11 Fungsi Salutan Elektrod
Fungsi salutan pada elektrod adalah:
- Menghasilkan gas pelindung.
- Menghasilkan jeremang penutup kumai
- Menstabilkan arka
- Mengandungi campuran untuk ciri-ciri khas penggunaannya.
Berikut adalah jadual bagi jenis salutan dan arus yang disyorkan.
Digit Jenis salutan Arus
0 Sodium selulos KB
1 Potassium selulos AU atau ATKB dan ATKL
2 Sodium titania AU atau ATKL
3 Potassium titania AU atau ATKB
4 Serbuk besi titania AU atau ATKB dan ATKL
5 Hiderojen rendah sodium ATKB
6 Hiderojen rendah potassium AU atau ATKB
7 Serbuk besi oksida besi AU atau ATKB dan ATKL
8 Hiderojen rendah serbuk besi AU atau ATKB
Salutan elektrod juga boleh dikategorikan kepada jenis:
- Rutile
- Selulos
- Serbuk besi
9.12 Pengkelasan Elektrod.
Elektrod dikelaskan mengikut system yang ditentukan oleh system piawaian yang diterima pakai di sesebuah negara. Di Malaysia piawaian yang biasa digunakan AWS ( American Welding Society ) atau ASTM (American Standard for Testing Materials). Sebagai contoh terdapat tiga spesifikasi bagi elektrod Keluli Lembut. Iaitu:
- AWS A5.1 – 55 T
- ASTM A233 – 55 T
- CSA W48.1 – 1952 (kanada)
Elektrod boleh dikodkan mengikut system penomboran seperti E6013, E6011, E6010, E7018 dan sebagainya. Setiap huruf dan nombor mempunyai pengertian tertentu. Sebagai contoh E6013:
E – elektrod
60 – kekuatan tensil/tegangan 60,000lb.
9 – kedudukan mengimpal
3 – jenis arus
Elektrod juga boleh dikelaskan mengikut :
- Cepat penuh ( E6024, E6027)
- Kelajuan tinggi (E6012, E6013)
- Cepat beku (E6010, E6011)
Terdapat juga elektrod yang menggunakan kod warna oleh pengeluarnya. Dimana Kod warna yang digunakan menerangkan tentang kekuatan tensil, kedudukan mengimpal dan juga pilihan arus.
Contoh: E 7024
Elektrod dikategorikan kepada tujuh kumpulan, iaitu:
- Keluli lembut
- Keluli ‘low alloy’
- Keluli tahan karat
- Pengerasan permukaan
- Nikel dan pancalogam nikel
- Aluminium dan pancalogam aluminium
- Kuprum dan pancalogam kuprum
9.13 Fungsi Jeremang.
Jeremang adalah satu selaput yang terdapat pada permukaan kumai hasil dari peleburan salutan elektrod. Jeremang ini mempunyai fungsi tertentu.Diantaranya ialah:
- Melindungi kumai daripada udara luar disepanjang penyejukan berlaku.
- Mengapungkan kotoran ke permukaan dari kawah lebur.
- Mengawal bentuk kumai supaya seragam.
- Melambatkan kadar penyejukan bagi membaiki sifat logam
- Memberikan perlindungan secara mekanikal kepada pemindahan logam dari elektrod ke logam induk.
Subscribe to:
Posts (Atom)