Friday, July 13, 2007
BAB 4 TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SEKERU
TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SEKERU
OBJEKTIF AM
Mengetahui danMemahami perkara-perkara mengenai tukul, pahat dan pengulir skru
OBJEKTIF KHUSUS
# menerangkan jenis-jenis tukul dan kegunaannya
# melakarkan dan menamakan bahagian –bahagian tukul bulat
# mentakrifkan langkah keselamatan semasa menggunakan tukul
# menamakan dan dapat membezakan jenis- jenis sudut mata pahat
# membezakan jenis-jenis pahat dan kegunaannya
# mengenal pengulir luar dan dalam
# menghuraikan terminologi ulir skru
# mengira saiz gerudi untuk mengulir skru
# melakar dan melebelkan berbagai –bagai jenis pengulir luar
# menerangkan langkah keselamatan semasa menggunakan pengulir skru
3.0 TUKUL
Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan . Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan tukul Lembut
3.1 TUKUL BESI
Tukul besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut . Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau spotted gum. Berat tukul besi ialah antara .25 kg. hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja am, tukul seberat 0.5kg hingga 1 kg. digunakan. Tukul yang ringan d gunakan untuk kerja-kerja menanda . Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan.
3.2 JENIS-JENIS TUKUL BESI
i. Tukul bongkol bulat
ii. Tukul bongkul lurus
iii.Tukul bongkol tirus
3.2.1 Tukul bongkol bulat
Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.
3.2.2 Tukul bongkol lurus.
Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk menukul bahagian –bahagina yang tidak bolih dilakukan oleh tukul kepala bulat.
3.2.3 Tukul bongkol tirus.
Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan tukul bongkol lurus. Kecuali sudut penggunaan nya berbedza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak bolih digunakan.
3.3 TUKUL LEMBUT
Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga jenis. Iaitu:
i. Tukul bongkol kulit
ii. Tukul bongkol plastik
iii.Tukul bongkol gangsa
3.3.1 Tukul bongkol Kulit
Tukul ini digunakan keatas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak akan meninggalkan kesan pada bendakerja. .
3.3.2 Tukul bongkol plastik
pada logam yang biasa digunakan dalam bengkel. Tetapi apabila ia digunakan pada logan yang lebih lembut, hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.
3.3.3 Tukul bongkol gangsa
Apabila tukul ini di hentak , ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis tukul diatas. Hentakan yang kuat bolih dilakukan tetapi haruslah berhati-hati terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia digunakan semasa kerja kerja pemasangan.
3.4 Langkah keselamatan semasa menggunakan tukul
i. Pastikan bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala tukul.
ii. Jangan gunakan tukul jika tangan berminyak
iii. Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang kelancaran untuk menukul.
iv. Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa menukul.
v. Gunakan ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga sendiri.
3.5 PAHAT
Pahat ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu sebagaimana kikir pahat juga merupakan alat tangan yang di perbuat dari keluli bermutu tinggi yang dikeraskan dan di baja. Pahat adalah alat tangan yang digunakan untuk memotong, menatal atau membuang logam. Pahat mestilah digunakan dengan tukul biasa atau tukul peumatik.
3.5.1. Sudut mata pahat :
Apabila hendak memahat sesuatu bahan bahan sudut-sudut yang berikut perlu diberi perhatian supaya kerja tersebut dapaat dilakukan dengan berkesan. Sudutpahat dipegang antara 35% hingga 40%. Jika keluar daripada lingkungan tersebut pemotongan yang tidak sempurna. Sudut pemotongan mata pahat bergantung kepada kekerasan bahan yang hendak dipotong.
LOGAM SUDUT
Keluli 70%
Besi tuanganI 60%
Keluli serderhana 60%-70%
Loyang 45%-60%
Tembaga 45%
Aluminium 30%
3.6. Bahagian-Bahagian Pahat.
3.7 Jenis-jenis pahat
Terdapat empat jenis pahat yang biasa digunakan didalam bengkel kejuruteraan iaitu:
3. . Pahat mata rata
. ii. Pahat mata bulat
iii Pahat mata bentuk intan
. iv. Pahat mata lintang
3.7.1. Pahat mata rata
Pahat ini biasa nya digunakan untuk kerja-kerja am Saiz pahat yang sesuai untuk kerja-kerja am iaitu 25mm lebar dan 200mm panjang sudut mata pahat ini di canai mengikut kekerasan bahan yang hendak dipotong.
3.7.2. Pahat mata melintang
Pahat ini digunakan untuk memotong celah yang tidak dapat dipotong dengan pahat rata, memotong alur-alur pada permukaan yang lebar, memotong alur kunci pada shaft dan takal. Pahat ini berukuran lebih kurang 200mm panjang dan 6-12mm lebar.
3.7.3. Pahat mata bulat
Pahat ini digunakan untuk memotong alur-alur minyak, membetulkan
penjuru bulat pada lubang yang dalam.
3.7.4. Pahat mata bentuk intan
Pahat ini digunakan untuk membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak pusatnya semasa hendak mengerudi, memotong penjuru yang tajam. Pahat mata bentuk intan ini bolih digunakan untuk memotong kepingan logam.
3.7.5. Pahat berkepala cendawan
Kepala pahat akan menjadi bercendawan jika ia digunakan selalu. Ini amat merbahaya kerana serpihan dari kepala bercendawan boleh terkena angota badan kita. Oleh itu jika terdapat kepala pahat berbentuk cendawan ianya hendaklah dicanai kebentuk asal.
3.8. Gaya memahat.
Gaya memahat amatlah penting . Pahat hendaklah dipegang dibahagian kepala dan tukul pula hendaklah di pegang dihujung batangnya. Fokuskan mata pada garisan pemotong supaya dapat memahat dengan tepat
3.9. Langkah keselamatan semasa memahat.
i. Jangan mengunakan pahat berkepala cendawan kerana serpihan nya mungkin akan melayang dan mengenai mata
ii. Jangan memegang pahat dengan tangan yang berminyak. Bersihkan tangan daripada minyak sebelum memegang pahat.
iii. Bendakerja yang hendak dipahat hendaklah dipegang dengan kuat pada ragum.
iv. Jangan gunakan pahat yang telah rosak untuk kerja memahat.
v. Pegang pahat hampir dengan kepalanya dengan kuat apabila mengetuk.
vi. Jangan berdiri dihadapan orang yang sedang menjalankan kerja memahat.
vii. Semasa memahat lihat pada tempat yang hendak dipahat .
3.10. PENGULIR DALAM
Pengulir dalam diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi atau keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibajakan,dua atau empat lurah dipotong secara memanjang untuk mengizinkan tatal keluar dan lelehan pemotong masuk. Dihujung batang dibuat bersegi untuk membolehkan perengkoh memusingkan pengulir semasa mengulir. Pengulir dalam biasanya diperbuat dalam tiga jenis dalam satu set. Untuk pemotongan sebarang saiz. Pengulir dalam disebut tirus, sedang dan pepat atau tirus, kedua dan palam.
i. Tirus: mempunyai tirus dari 8 hingga 10 ulir skru dan digunakan pada permulaan mengulir. Pengulir memasuki lubang dan memotong sepenohnya.
ii. Sedang: mempunyai 2 atau 3 ulir skru yang ditiruskan dan digunakan selepas mengunakkan pengulir tirus. Sekiranya lubang tembus pengulir ini tidak perlu digunakan kerana mengunakan pengulir tirus sahaja sudah memadai
iii. Pepat: mempunyai ulir hingga kehujung dan pengulir ini hendaklah digunakan sebagai pengulir terakhir apabila ulir skru penoh hendak dipotong hingga kedasar .
3.11. PENGULIR LUAR
Pengulir luar ialah alat yang digunakan untuk memotong ulir skru luar, disatu permukaan pengulir ditandakan saiz jenis ulir skru dan jarak ulir skrunya. Di permukaan ini juga ulir skru ditiruskan sedikit untuk membolehkan pemotongan ulir skru bermula dengan mudah. Adalah sangat musahak pengulir dipasangkan ditempat yang betul didalam tonggak agar permukaan yang tirus dapat memulakan proses mengulir.
3.11. JENIS-JENIS PENGULIR LUAR
i. Pengulir luar padu : Digunakan untuk memotong semula atau membetulkan benang yang rosak. Saiznya tetap dan tidak boleh dilaraskan. Spana yang sesuai boleh digunakanuntuk memusingkan pengulir .
ii. Pengulir luar bulat berbelah boleh laras: mempunya tiga skru pelaras yang membolehkan pelarasan dalam benang yang lebih atau kurang daripada dalam benang piawai. Tonggak pengulir di guanakan untuk memusingkan pengulir itu. Biasa nya digunakan benang saiz kurang daripada 12mm.
iii. Pengulir luar bulat berbelah boleh laras: mempunyai dua amper pengulir untuk tiap-tiap saiz dinomborkan 1 dan 2. Berbagai-bagai pelarasan untuk saiz boleh dibuat . Digunakan untuk memotong ulir skru berdiameter besar.
3.13. LANGKAH-LAGKAH MENGULIR .
i. Pilih pengulir dalam dan perengkohnya yang betul untuk kerja
yang dibuat. Gunakan pengulir dalam tirus untuk permulaan
mengulir.
ii. Masukan pengulir kedalam lubang setegak yang mungkin, tekan
perengkuh kebawah dengan daya tekanan sama pada kedua
pemegangnya, dan pusingkan mengikut arah pusing jam(untuk
ulir skru kanan) lebih kurang dua kali.
iii. Tanggalkan perengkoh dan periksa kepersegian pengulir (90%
dengan bahan kerja) pada dua tempat.
iv. Sekiranya tidak tegak tanggalkan perengkoh dan laraskan kembali
pengulir itu.
v. Apabila pengulir dalam telah mula memotong dan kepersegiannya
telah diperiksa, pusingkan pengulir itu lebih kurang setengah
pusingan dan pusingkan balik kebelakang untuk mematahkan
tatal.
vi. Teruskan mengulir sehingga siap, gunakan pengulir kedua jika
perlu, gunakan lelehan pemotong yang sesuai semasa mengulir
iaitu:
Bahan Jenis leleahan
Keluli, kupram,gangsa Minyak, minyak berlarut
Aluminium Paraffin, minyak berlarut
Loyang, Besi tuangan Kering (tidak perlu lelehan)
i. Apabila memotong ulir skru dilubang sekat(buntu), gunakan ketiga-tiga pengulir mengikut turutan, tirus, sedang, dan akhir sekali gunakan pengulir pepat Sebelum menggunakan pengulir pepat, keluarkan semua tatal dari lubang dan berhati-hati apabila pengulir telah menyentuh dasar lubang, jangan di pusingkan lagi.
ii. Berikan perhatian yang lebih apabila mengunakan pengulir yang kecil kerana ia mudah patah.
3.14. SEBAB-SEBAB PENGULIR DALAM PATAH
i. Tidak mengikut aturan mengunakan pengulir, mestilah menggunakan pengulir tirus terlebih dahulu.
ii. Memaksa pengulir itu masuk dengan memusingkannya secara berterusan, sepatutnya mestilah dipusingkan balik supaya tatal dapat di patahkah.
iii. Menggunakan daya tekanan yang kuat semasa memusingkan pengulir.
iv. Tidak mengunakan lelehan pemotong.
v. Tidak mengeluarkan tatal didalam lubang semasa mengulir lubang sekat.
3.15. SAIZ GERUDI PENGULIR DALAM
i. Saiz gerudi pengulir dalam ialah saiz gerudi yang digunakan untuk membolehkan sebahagian daripada bahan didalam lubang tinggal agar dapat di potong oleh pengulir. Saiz gerudi tersebut mestilah lebih kurang sama dengan garispusat kecil
ii. benang . Garispusat kecil boleh didapati dengan menolakan 2 kali dalam benang dari garispusat besar benang contoh 1.
Saiz gerudi (SG) untuk benang M 20 x 2.5mm
SG = 20-2(0.5413 x 2.5)
= 20-2.71
= 17.29 mm.
Oleh itu , saiz mata gerudi yang dipilih mestilah yang paling amper besar dengan 17.29mm. Dari segi teori nya, saiz gerudi mestilah sama dengan saiz garispusat kecil benang tersebut tetapi dari segi pratikal nya, pengulir di samping memotong ia juga mengesel puncak benang . Sekira nya saiz lubang gerudi tidak dibesarkan sedikit, maka ini boleh menyebabkan pengulir itu tersepit atau patah. Oleh yang demikian rumusan untuk saiz gerudi pengulir dalam yang mudah di ingati dan yang akan memberikan 92% saiz benang penuh ialah:
SG = Garispusat besar –jarak benang.
Maka itu, saiz gerudi untuk benang M20 x 2.5
SG = 20 – 2.5
= 17.5 mm.
3.16. TERMINOLOGI ULIR SKRU
3.16.1. Garispusat besar: ialah garispusat yang paling besar bagi skru atau nat.Garispusat ini juga di kenali sebagai garispusat luar atau namaan.
3.16.2. Garispusat kecil : ialah garispusat yang paling kecil pada ulir luar atau dalam.
3.16.3. Garis pusat Pic Ulir : ialah garispusat selinder bayangan(tidak dapat dilihat) yang melalui benang pada satu titik dimana lebar benang adalah sama.
3.16.4. Jarak ulir : ialah jarak dari satu titik pada ulir kesatu titik yang sama diulir yang berikutnya, diukur selari dengan paksi.
3.16.5. Maju ulir : jarak benang sekeru itu maju kehadapan pada paksinya dalam satu pusingan. Pada benang satu punca majunya adalah sama dengan jaraknya benang. Pada benang dua punca majunya adalah dua kali jarak benang. Pada benang tiga punca, majunya adalah tiga kali jarak benang.
3.16.6. Dasar ulir : ialah permukaan bawah hasil sambungan dua sisi benang bersebelahan
3.16.7. Puncak ulir : ialah permukaan atas hasil sambungan dua sisi benang bersebelahan.
3.16.8. Rusuk ialah permukaan benang tempat sambungan puncak.
3.16.9. Sudut benang: ialah sudut yang terkandung diantara rusuk
benang diukur pada paksinya
3.16.10. Dalam benang : ialah jarak antara puncak dan dasar diukur seranjang dengan paksi
3.16.11. Sudut heliks : ialah sudut yang diterbitkan oleh benang dengan satu satah yang bersudut tegak dengan paksi benang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment