Tuesday, June 26, 2007

BAB 8 PEMASANGAN OKSI ASETELINA





PEMASANGAN OKSI-ASETILINA


OBJEKTIF AM

Memahami tentang alat-alat kelengkapan oksi-asetilina serta kegunaannya dan cara pemasangannya.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Mendefinasikan kimpalan gas dan menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengannya iaitu:


Pemasangan

 Prosedur pemasangan kelengkapan kimpalan oksi-asetilina.
 Kaedah bagi menguji kebocoran pada pemasangan.
 Nyalaan oksi-asetilina
 Jenis-jenis nyalaan oksi-asetilina dan kegunaannya.
 Kaedah pelarasan nyalaan.
 Ciri-ciri nyalaan dan suhu nyalaan.
 Langkah-langkah menyalakan dan memadamkan nyalaan.
 Sebab-sebab berlakunya letupadam dan nyalabalas serta langkah-langkah mengatasinya.


Teknik mengimpal oksi-asetilina


 Teknik mengimpal bagi kimpalan oksi-asetilina.
 Teknik mengimpal ke hadapan dan teknik mengimpal mengundur.
 Pengawalan kelajuan, jarak nyalaan dan sudut sumpitan api serta pergerakan ketika mengimpal.
Sambungan dan persediaan tepi
 Jenis-jenis sambungan asas dalam kerja kimpalan.
 Langkah membuat persediaan tepi.





8.0 Pemasangan


Kelengkapan kimpalan oksi-asetilina terdiri daripada beberapa komponen yang dipasang dengan menggunakan penyambung daripada silinder gas hinggalah kepada sumpitan api.

Komponen-komponen asas pemasangan adalah seperti berikut:

- Silinder gas oksigen dan asetilina.
- Alator gas
- Hos gas
- Badan sumpitan
- Sumpitan api.

8.1 Berikut adalah langkah-langkah pemasangan kelengkapan oksi-
asetilina.

- Buka injap silinder sedikit dan tutup dengan segera untuk tujuan ‘ cracking the valve’ iaitu langkah ini adalah untuk menghembus habuk-habuk yang ada pada bebenang injap. Langkah ini juga dilakukan ke atas silinder asetilina.
- Balutkan bebenang alator dengan pita cegah bocor bagi kedua-dua alator. Pasangkan alator oksigen pada silinder oksigen dan alator asetilina kepada silinder asetilina.
- Pasangkan hos oksigen ( hijau atau biru) kepada alator alator oksigen dan hos asetilina (merah) kepada alator asetilina.
- Sambungkan badan sumpitan kepada hos oksigen pada lubang benang mengikut tanda ‘O ’ dan hos asetilina kepada lubang benang asetilina.
- Pasangkan sumpitan api kepada badan sumpitan.

8.2 Menguji kebocoran pada pemasangan oksi-asetilina.

Setelah kesemua langkah-langkah di atas itu dilakukan, pastikan sekali lagi bahawa pemasangan adalah betul. Selepas itu lakukan pemeriksaan kebocoran ke atas semua penyambungan terutama sekali penyambungan diantara alator dan selinder asetilina dengan menggunakan air sabun.

Contoh 8.1

1. Apakah yang anda faham mengenai ‘ cracking the valve’?

Penyelesaian

- Ia adalah satu cara membersihkan atau membuang habuk daripada injap sebelum memasang alator dengan melepaskan serta merta sebahgian gas daripada selinder dalam masa beberapa saat.

8.3 Nyalaan Oksi-asetilina.

Terdapat tiga jenis nyalaan yang di gunakan untuk tujuan kimpalan. Nyalaan –nyalaan itu adalah:

Nyalaan Cuali ( Neutral Flame)

Ciri-ciri: – Nyalaan seimbang pada nisbah 1:1.
- Suhu lebih kurang 5589F(3087C)
Kegunaan :
- Mengimpal lebur keluli lembut
- Mengimpal tembaga
- Besi tuang.

Nyalaan Pertengahan ( Carburising Flame)

Ciri-ciri
- Nyalaan ini mempunyai lebihan pelarasan pada
asetilina.
- Mempunyai tiga lapisan iaitu kon dalam, bulu api berwarna putih dan lapisan luar yang kebiruan.
- Suhu lebih kurang 5400F – 5800F

Kegunaanya:
- mengimpal dan meloyang aluminium.
- Mengimpal keluli tahan karat.
- Meloyang perak.
- Mengeras permukaan.


Nyalaan Pengoksidanan (Oxidising Flame)


Ciri-ciri:
- nyalaan ini mempunyai lebihan pelarasan
kepada gas oksigen berbanding asetilin.
- Mempunyai dua lapisan iaitu kon dalam dan lapisan luar yang kebiruan.
- Suhu kepanasan lebih kurang 5,615F(3,102C)

Kegunaan:
- mengimpal loyang
- mengimpal logam manganese.



Contoh 8.2


Apakah cara terbaik dan selamat boleh dilakukan untuk menguji kebocoran pada pemasangan kelengkapan oksi-asetilina?


Penyelesaian

Cara yang terbaik dan selamat ialah dengan menggunakan buih sabun.



8.4 Langkah-Langkah Penyalaan Dan Memadamkan Nyalaan.


Sebelum menyalakan sumpitan api pada sumpitan api, pelarasan pada alator hendaklah dibuat terlebih dahulu bergantung pada jenis serta ketebalan logam yang hendak dikimpal. Dari segi teori pembakaran berlaku mengikut nisbah 1:2.5 iaitu 1 bahagian asetilin dan 2.5 bahagian oksigen. Kebiasaannya pelarasan pada alator adalah mengikut nisbah 1:1. Manakala 1.5 bahagian lagi diterima dari udara persekitaran. Ini adalah amalan biasa untuk nyalaan cuali.


8.5 Berikut diterangkan satu persatu langkah-langkah pelarasan bagi nyalaan:


- Buka injap asetilina (merah) pada badan sumpitan lebih kurang ¼ pusingan.
- Gunakan pemetik api kimpalan untuk menyalakan sumpitan api.
- Laraskan nyalaan sehingga asap hitam berkurangan.
- Buka injap oksigen (biru) pada badan smpitan secara perlahan-lahan sehingga kon dalam yang dempul berwarna kehijauan diperolehi.

Nota:
Nyalaan yang lain dilakukan adalah berasaskan nyalaan cuali. Bermakna nyalaan cuali mesti perolehi terlebih dahulu. Kemudian dikuti dengan kaedah dibawah:

- Untuk nyalaan pengoksidanan pula pelarasan gas oksigen dilebihkan sedikit sehingga kon berwarna kebiruan yang tajam diperolehi.
- Untuk memperolehi nyalaan pertengahan (pengaban) lebihan asetilin diperlukan sehingga nyalaan menjadi tiga lapisan.



8.5.1 Langkah-Langkah Memadamkan Nyalaan:


- Tutup injap oksigen pada badan sumpitan sepenuhnya. Dimana bekalan oksigen akan terputus dengan ini sertamerta nyalaan bertukar kepada nyalaan asetilina.
- Tutup injap asetilina badan badan sumpitan. Dengan ini nyalaan asetilina akan terpadam.
- Seterusnya tutup injap silinder oksigen dan asetilina.
- Buka injap oksigen dan injap asetilina pada badan sumpitan separuh pusingan atau lebih untuk melepaskan gas yang masih ada didalam alator dan hos kedua-duanya dan biarkan jarum penunjuk tekanan pada alator kedua-dua silinder menurun ke angka ‘0’.
- Selepas itu tutup semula injap-injap itu.
- Akhir sekali longgarkan injap pelarasan alator bagi kedua-dua silinder.


Contoh 8.3


Bagaimanakah cara anda dapat mengenali diantara kelengkapan oksigen dan asetilina.
Penyelesaian

Terdapat beberapa perbezaan pada kelengkapan oksigen dan asetilin. Iaitu dari segi warna, saiz silinder, arah bebenang dan juga anda lekuk berbentuk ‘V’ pada nat asetilin.


8.6 Letupadam dan Nyalabalas


Letupadam dan nyalabalas adalah merupakan letupan kecil yang
kadangkala berlaku ketika kerja mengimpal dijalankan.

Letupadam – adalah satu letupan kecil yang kadangkala berlaku pada hujung sumpitan api ketika kerja mengimpal dijalankan.

Nyalabalas – adalah satu letupan kecil yang berlaku dihujung sumpitan api dan diikuti dengan bunyi ‘hiss’ didalam badan sumpitan dan ekori pula dengan asap hitam keluar pada muncung sumpitan.

Jika nyalabalas sempat berlaku hingga ke dalam hos ( biasanya hos oksigen) ia akan meninggallkan kesan karban dan kemungkinan hos akan pecah. Bahagian hos terbabit perlu dipotong dan gas oksigen perlu di lepaskan untuk menghembus saki baki karban yang tertinggal didalam hos terbabit.


8.6.1 Sebab-sebab berlakunya letupadam dan nyalabalas:


- Muncung sumpitan terlalu rapat atau menyentuh anduh kimpal.
- Muncung menjadi terlalu panas kerana terlalu lama mengimpal.
- Pelarasan nyalaan terlalu lemah atau rendah berbanding saiz muncung yang digunakan.
- Muncung sumpitan api tidak diikat(skru) dengan rapi pada badan sumpitan.
- Lubang (orifice) muncung terlalu kotor.
- ‘Seat’ injap pelarasan telah rosak.
Cara-cara mengatasinya:

- Tutup serta -merta injap asetilina dan biarkan badan sumpitan dan muncung sumpitan api menjadi sejuk sebelum kerja baikpulih dapat dilakukan.
- Jika nyalabalas sempat berlaku hingga ke dalam hos ( biasanya hos oksigen) ia akan meninggallkan kesan karban dan kemungkinan hos akan pecah. Bahagian hos terbabit perlu dipotong dan gas oksigen perlu di lepaskan untuk menghembus saki baki karban yang tertinggal didalam hos terbabit.

- Bagi mengelakkan muncung menjadi terlalu panas, sesekali perlulah muncung itu dicelupkan ke dalam satu bekas air dan dilepaskan sedikit gas oksigen buat beberapa ketika untuk menurunkan suhu muncung sumpitan api. jika dirasakan mengimpal terlalu lama.



Contoh 8.4


Apakah perlu anda lakukan untuk menurunkan suhu sumpitan api jika ianya menjadi terlalu panas kerana mengimpal terlalu lama?


Penyelesaian:
Cara yang selalu diamalkan ialah dengan merendamkan muncung sumpitan ke dalam sebekas air sambil dilepaskan gas oksigen untuk beberapa saat.



8.7 Teknik Mengimpal Oksi-Asetilina.


Terdapat dua teknik mengimpal yang biasa diamalkan oleh jurukimpal.
Iaitu teknik ke hadapan (forehand) dan teknik mengundur (backhand).


8.8.1 Teknik Ke hadapan.

Dalam mengimpal teknik ke hadapan muncung sumpitan api dicondongkan 70-60 ke kanan lalu muncung digerakan dari kanan ke kiri.


8.8.2 Teknik Mengundur.


Muncung sumpitan api di condongkan 40 - 50 ke kanan lalu ianya digerakan dari kiri ke kanan.
Nota:
Bagi kedua-dua teknik di atas logam penambah dicondongkan 30-40 ke kiri dan digerakan sama arah mengikut pergerakan muncung sumpitan.
8.8 Teknik mengimpal ke hadapan

Teknik Mengimpal Ke hadapan adalah teknik mengimpal yang bergerak dari kanan ke kiri. Pergerakannya lebih mudah lebih mudah untuk dikawal kerana anduh kimpalnya bersaiz kecil. Sesuai untuk mengimpal paip walaupun ketebalannya melebihi 3.0 mm.


8.9 Teknik mengimpal mengundur adalah teknik mengimpal yang bergerak ari kiri ke
kanan. Rod penambah bergerak mengikut arah pergerakan sumpitan api. Menghasilkan leburan yang lebih baik kerana kon nyalaan tertumpu terus ke arah anduh kimpal. Pengunaan rod penambah juga dapat dikurangkan. Ketelusan yang lebih baik dan juga kelajuan mengimpal yang lebih pantas dapat dilakukan.

KELEBIHAN TEKNIK MENGUNDUR DAN TEKNIK KE HADAPAN
TEKNIK MENGUNDUR TEKNIK KE HADAPAN
- mengimpal lebih cepat .
-kurang menggunakan rod pepenambah
- -nyalaan tertumpu terus kearah anduh
kimpal . - ketelusan yang dalam.


-mengimpal keluli lembut
-mengimpal besi tuang
- logam bukan feras (aluminium,loyang,gangsa ,tembaga).
-mudah mengawal gerakan kimpal.
-sesuai untuk mengimpal paip.
- untuk plat yang lebih tebal


8.10 Pengawalan kelajuan,jarak dan sudut mengimpal


Kelajuan, jarak dan sudut mengimpal boleh mempengaruhi mutu sesuatu kimpalan. Ia akan mempengaruhi ketelusan, penembusan dan juga mutu sambungan yang dibuat, Ketebalan plat logam serta jenis logam perlu juga diambilkira dalam menentukan kelajuan,jarak dan sudut mengimpal.




Contoh 8.5

Berikan beberapa kelebihan teknik mengundur.

Penyelesaian

Teknik mengundur ada beberapa kelebihannya iaitu:
- menghasilkan ketelusan yang dalam.
- Mengimpal dapat dilakukan leih cepat.
- Penggunaan rod dapat dijimatkan.
- sesuai untuk mengimpal logam yang lebih tebal.



8.11 SAMBUNGAN DAN PERSEDIAAN TEPI


Terdapat lima sambungan asas dalam kimpalan. Gambarajah dibawah


Bagi logam-logam yang mana ketebalannya melebihi 3.0mm –5.0mm perlulah dibuat persediaan tepi untuk menjamin kekuatan sesuatu sambungan itu.

8.12 Langkah-langkah membuat persediaan tepi.

Berikut diturunkan langkah-langkah bagi membuat persediaan tepi.
- Plat hendaklah dicanai sehingga tepinya menjadi serong hingga ke sudut yang di kehendaki. Bagi logam yang lebih tebal hingga 6.0mm ke atas hendaklah diserongkan dengan pemotongan oksi-asetilina.
- Setelah tepi logam diserongkan, hujungnya yang tajam hendaklah dicanai sehingga memperolehi satu permukaan yang rata anggaran 3.0mm lebar. Permukaan ini dinamakan muka punca.
- Pastikan permukaannya lurus dan rata. Ini adalah untuk meas tikan ketelusan dan penembusan yang samarata di sepanjang sambungan berkenaan.

No comments: